Thursday 31 December 2009

Hitam putih kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Kusyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendiri yang menentukan
Hidup ini usah persiakan

Thursday 24 December 2009

Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan


Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya

Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya


Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan


Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Ini adalah gambar seorang penghulu kampung yang amanah dan berdedikasi...bukanbukan...ini ayah saya yang tampan dan segak pada pagi hari raya Aidil Fitri, di sebelah buaian cucunya yang pada hari raya pun tak boleh dialihkan daripada ruang tamu kerana kuasa veto yang dimiliki cucu tunggal/pertama/kesayangan atuk tersebut.
Terima kasih ayah kerana membesarkan, mendidik, sanggup berkorban dan rela bersusah payah membesarkan kami semua lapan beradik sehingga menjadi siapa yang kami jadi hari ini.
Puisi dia atas adalah bertajuk Senandung Anak Laut, nyanyian kumpulan Kembara. Kredit kepada penulisnya(saya tidak tahu siapa)tetapi puisi ini amat bermakna, memberi apresiasi dan keinsafan tentang jasa dan pengorbanan seorang ayah. Walaupun ayah saya bukan anak laut, bukan nelayan dan kami tidak tinggal di pondok kecil beratap rumbia, tetapi puisi ini memberi motivasi kepada saya untuk membahagiakan hati ayah dengan segala apa yang saya lakukan dalam kehidupan ini. Semasa menuntut di UKM, puisi ini saya tampal di ruang meja belajar sebagai satu peringatan supaya saya belajar dengan tekun dan tidak terlalu mengikut jiwa remaja yang mahukan hiburan dan keseronokan sehingga mengabaikan pelajaran dan mengabaikan kehidupan sebagai seorang yang mempunyai agama (mengabaikan yang tersebut bermakna saya mengabaikan pesanan ayah) (",) 

Tuesday 22 December 2009

Saya ada banyak masa untuk menulis tentang blog ini dan blog itu...tapi ini ikhlas, bukan sindiran

Saya ada banyak masa. Di Malaysia sudah ada sistem percubaan untuk bekerja dari rumah. Mungkin bisa menjimatkan masa, mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Tapi saya yang di Dubai ini tetap ada banyak masa walaupun kadangkala kerja dari apartment comel ini, kadangkala kerja di pejabat, kadang-kadang perlu ke site, kadang-kadang kena masuk makmal. Kadangkala perlu masuk mesyuarat.Tapi saya tetap ada banyak masa. Sebab itu saya menulis dalam bukansyadid ini. Sebab saya ada MASA.

Walaupun saya ada banyak masa, saya tetap kurang gemar menulis di shoutbox orang (kadang-kadang sahaja, kurang 10 kali mungkin-sekadar ucapan selamat dan penghargaan balas kepada yang pernah berkunjung, beremel, berYM dan mengcomment di dalam bog saya yang biasabiasa sahaja ini-sepanjang penglibatan dalam arena berblog ini) ini kerana saya tidak suka mencuri masa orang untuk membaca dan membalas kembali mesej saya.

Saya juga jarang mengcomment pada blog orang lain, kecuali saya rasa betul-betul perlu pada situasi-situasi dan topik-topik yang berjaya mencuri perhatian saya, contohnya saya menulis comment pada blog Saudara Ir Hafiz (kredit kepada beliau) kerana idea penulisannya yang bernas dan topik-topik yang dibawakannya tidak statik (berdefinisi luas) dan bisa menarik perhatian orang seperti saya ini. Seingat saya cuma blog beliau sahaja yang berjaya menggugah perhatian saya untuk memberi comment, berbincang dan bertukar pendapat sedikit sebanyak berkongsi ilmu dan pengetahuan. Saya sukakan yang kontemporari tetapi masih ada elemen konvensional. Dakwah dan isu semasa tidak terlalu tepu. Bersifat bersahaja dan sedikit sahaja peratus cerita peribadi dan emosional. Walaupun mungkin ciri yang seperti itu tiada di dalam bukansyadid ini.

Sebab itulah saya tidak memperkenalkan ruangan shoutbox/chatbox pada blog saya. Dan segala jenis commentjuga perlu saya approvekan dahulu. Ini kerana saya tidak suka mencuri masa orang lain dan juga masa saya sendiri pada pendapat yang enteng dan main-main. Bukan saya mahu mempertikaikan orang yang meletakshoutbox dan apa-apa lagi yang sealiran dengannya atau juga saya mahu terlalu berserius (kerana dalam beberapaentry kebelakangan ini juga saya melancarkan beberapa entry bersifat peribadi), remaja perlu ruang untuk meluahkan rasa, orang dewasa juga begitu. Saya mungkin berada di tengah-tengah dengan status saya ini (sedikit remaja dan sedikit dewasa).

Meletak shoutbox atau chatbox itu tidak salah, tiada masalah, tiada halangan. Letaklah di dalam blog sesiapa sahaja, mengikut citarasa tuan pemiliknya. Tetapi ini adalah pendapat saya, citarasa saya. Saya merasakan dan melihat perkara ini sebagai tempoh membina kematangan,mendewasakan (sedikit sebanyak) corak pemikiran dan sifat keterbukaan yang ada dalam diri.

Oleh yang demikian saya mahu mendefinisikan blog saya ini sebagai langkah menuju kematangan dan kedewasaan. Menulis dengan meletakkan sepenuh tanggungjawab dalam diri. Menulis dengan menghormati etika sebagai penulis dan menghormati hak-hak orang lain terhadap blog mereka. Menulis dengan berani, kemudian berani pula menerima natijah di atas penulisannya. Bukan menulis kemudian main sorok-sorok tangan (atau keyboard). Menulis kemudian main tuding-tuding jari. Perkara seperti ini salah dan tidak elok diamalkan ye adik-adik!

Sedikit pesanan daripada saya sebagai bekas penuntut universiti yang pernah merasa saat-saat indah bergelar mahasiswa di universiti dalam dan luar negara. Berblog itu tiada salahnya. Tapi jangan sampai berblog itu menyebabkan anda tidak lulus periksa. Saya berblog, berblog juga. Hujung bulan gaji jalan, sampai tarikhsubmit kerja saya siap. Kadangkala dihantar syarikat antarabangsa ini untuk bekerja di negara lain, menimba pengalaman, bertemu orang asing bukan Islam yang boleh kagum dengan pencapaian saya sebagai satu-satunya jurutera muslimah yang bekerja dengan syarikat ini. Yang pengalaman seperti itulah insya Allah akan saya paparkan di dalam blog ini, bukan dengan niat mahu meninggi diri, tetapi mungkin sebagai inspirasi kepada orang-orang yang mahu menjadikannya inspirasi kecil dalam diri mereka bahawa orang Islam juga boleh menjadi perintis kepada teknologi yang lebih syari'e (tidak mahukan anda mengembalikan kegemilangan tradisi ilmu Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Saidina Ali?) . Berblognya saya, pada sesi konvokesyen sarjana muda dahulu memperoleh anugerah pelajaran diraja. Tempoh pengajian sarjana saya juga berlangsung dengan baik. Dan kini dalam proses untuk menapak lebih jauh lagi.Berblognya saya juga, alhamdulillah tamat juga hafazan 30 juzuk Al Quran beberapa tahun dahulu.

Berblognya anda (terutamanya para penuntut universiti dalam dan luar negara) berblog yang bagaimana? Pelajaran bagaimana? Jangan diabaikan ye. Ingat, belajar itu ibadah dan amanah. Waima anda mahu berdakwah di dalam blog anda, tetapi pelajaran anda juga ada haknya ke atas anda. Jika anda gagal dalam pelajaran (mungkin kerana terlalu berblog) bagaimana perasaan ayah dan ibu anda di kampung? Jika anda pemegang biasiswa pula bagaimana? Ingat! Wang biasiswa adalah wang rakyat. Bukan semata-mata kerana anda sangat cemerlang di dalam SPM sehingga ditawarkan biasiswa. Tetapi ianya semua adalah kerana amanah. Amanah yang terpikul di bahu anda adalah sebagai pelajar. Bukan blogger. Anda diberi biasiswa, dibelikan laptop kerana anda pelajar. Bukan blogger.

Saya juga dibayar gaji, diberikan laptop canggih berjenama HP kerana saya adalah jurutera syarikat petroleum antarabangsa ini, bukan blogger. Saya perlukan laptop HP canggih (yang diberi BP ini) untuk urusan kerja, persidangan video (video conference and meeting) dengan ketua jurutera di UK, pembentangan kertas kerja di dalam mesyuarat. Keperluan pekerjaan saya (ingat! kerja juga adalah ibadah dan amanah-sama seperti belajar) adalah berbeza dengan keperluan saya dalam arena perblogan. Kerana itulah untuk hal-hal peribadi, menulis blog, melayanfacebook, membaca emel saya gunakan laptop DELL cikai ini sahaja. Asbabnya, laptop DELL cikai ini saya beli dengan duit sendiri, dan laptop HP yang canggih itu pula kepunyaan syarikat.

Jadi berblog itu seharusnya berpada-pada. Jangan sampai anda tidak cemerlang kerananya. Kalau benar yang dikejar tidak dapat, yang dikendong jangan biar sehingga tercicir pula.

Jadilah blogger yang bertanggungjawab dan ikhlas menjaga ibadah dan amanah. Peliharalah etika dan prinsip penulisan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan pelajaran
 (bagi pelajar) dan pekerjaan (bagi pekerja). Ingat! Orang memang selalu meletak harapan yang tinggi kerana mereka nampak potensi yang kita miliki, tetapi kita yang selalunya akan memusnahkan secara perlahan-lahan potensi yang ada dalam diri tanpa kita sedari.(",)

Monday 21 December 2009

Sunday 20 December 2009

Listen to my explanation..I've cooked the turkey but not for christmast.

It (the quite a confussion of cooking matter) started yesterday, when I went for shopping (some household and kitchen needs) with a friend around Dubai after work. Then we were subjected the Christmast sale that happening almost all around the world, not only in Dubai. She, I called her Maia excitedly briefed how to cook a roasted turkey as a compulsary food on Christmast eve.To comfort her, especially when thinking of it can be a way of silent dakwah by not condemning something odd and bad about her culture and lifestyle (this for me, shows Islam are asimilisable to everybody,people in any country from any race) I did, listened carefully to what she was talking about.

And after a few steps of walking passed the chicken, meat etc. section, she suddenly forced me to buy a turkey, just to make sure that I'll try to cook the recipe that she just had mentioned. So, with a heart full of 'rasa serba salah' I bought a turkey. Brought it home and put in the refrigerator.

This morning after solving my loundry and having breakfast, again Maia texted me just to remind me the recipe she gave me last night. She was so serious about that! And I felt just like...OMG, how am I going to lie her and pretend that I've cooked what she teached me last night. How could I lie to her? She is a good friend even she is not muslim. Even she can't see and ensure what I cook today, but I think it will be not fair if I lie to her saying that I've tried the recipe. I replied her, "Yes.Definitely I'll try your recipe. Thanks buddy"

So, I decided to cook the turkey, according to the recipe she mentioned last night. And the result wasn't so bad. As I felt impressed of myself and the turkey too. But I did asked AbuHanaan to ensure that nothing can be wrong and bringing to sin if I cook the way non muslim cook (excluded the wine that they put inside the dishes-I really didn't do this ok). And AbuHanaan replied with the reason, nothing wrong with that as long as I'm not celebrating Christmast too. So I'm relieved. I cooked well (as what have been typed above) and planning to eat alone.

Soon after Zuhur prayer, someone knocked my door. And what a surprise! Maia came with a basket of fresh fruits. Haha...Once again...Ya Allah...I'm so relieved. She came without warning and I didn't lie and even pretended to her that I've cooked the turkey following her recipe. I don't need to lie because I really have cooked the turkey according to her recipe.Alhamdulillah. No lie, no pain, no one get hurt. We ate together happily and she said the roasted turkey (that I've prepared) reminded to her late grandma.

Now I'm imagining:

If I lied to her saying I cooked the turkey by her way even I wasn't.

Things like these would happen:

If even she didn't come to my apartment
-I've commited a sin
-It was just like betraying a good friend
-It is a quite pathetic when she assumes you're a good muslim, a good muslim never lies, but you did.

If she comes to my apartment (she did) and tend to know that I've lied to her
-The first 1-3 points above also happen
-My credibility as a silent dai'e would be demolished. She (as a non-muslim) wouldn't be interested anymore in finding the truth of Islam (even I know) for her to find the 'nur' of Islam might take quite a sometime (might be long or just a little, Allah knows best). She will say something like this (might be) : Farah looks like a good girl, a good muslim (insya Allah) but she lied to me just because a roasted turkey. I'll trust her no more.

See?

It is just a simple matter bringing to a hectic and complicated result. As a muslim we (you and me) should show a good example to others (non muslim especially). Dakwah isn't just telling the nas from Al Quran and As-Sunnah but it is wider than that. What you've done. What you're doing. What you said, what you're saying. Who knows, your words, your did can be a silent dakwah for others.

Saturday 19 December 2009

when we have to pay more even we can pay less...

This is actually what we did to fill our very free time during the one day after the Eidul Adha holiday. We went to Melaka Central early after Subuh prayer, parked the orange NazaSuria near the 24 hours Mydin store, without any attention to the parking prohibited area sign there. Then took three KKKL Express tickets to Kuala Lumpur around 8.30 in the morning, shopping until late 5pm, took Delima Express from Puduraya to Melaka, arrived around 7pm at Melaka Central and get back to the orange NazaSuria just to take note that we have been summoned for parked the car on the yellow line...what a wasting!!!. We parked there to avoid the RM1 parking fee at the Melaka Central parking bay (kononnya taknak tuan punya konsortium tu jadi makin kaya sebab ambil parking fee), and now we have to pay more for the fine. Fortunately the MBMB workers didn't clamped the car's wheel. So that night we successfuly went home and took some rest before the tomorrow morning when I've to hear ayah's 'good advices',mostly subjected of the car parking area and how to leave a car at the public area for almost the whole day. And in the afternoon I managed to go to the MBMB's office, paying my RM30 "debt" without discount. 

maal hijrah's target for the year

I think everybody is going to count what they've done for the whole year. Some people realised it by the end of a hijrah year, some may following gregorian's calendar. Some may only realised after a long term of many years, and some never realised. It's up to the beholder. Nothing to be judge of not being fully islamic or else. The most important is how "insaf" are you to build a better life in future and being good for yourself and others. And learning from the pass experiences for a better person by the next. This is for me. So pick it (good lesson from both the good and bad experiences) up for another entangle of life. May it become no confusion. For being just a small part of life depiction.

Friday 18 December 2009

Kucing yang basah dan naluri seorang ibu...



Ini adalah gambar seekor anak kucing gelandangan yang tinggal di lorong belakang rumah saya. Anak kucing ini basah kerana ditimpa hujan beberapa minit sebelum kami memanggil semula ia supaya masuk dan berteduh di dalam rumah kami. Memanggil? Betul. Memang memanggil.
Ceritanya begini...
Pada awalnya, sewaktu keadaan cuaca masih mendung, tapi belum hujan, kucing kecil ini mengiau-ngiau lalu masuk ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka. Terdetik dalam hati saya mungkin si kecil ini ketakutan mendengar bunyi petir yang berdentam dentum. Tetapi kerana sifat semulajadi saya yang memang takut dengan kucing sebarang saiz terutamanya kucing kecil, saya terus menaikkan kaki ke atas kerusi di meja makan. Kemudian datang adik saya Ati," Isk kucing ni asyik masuk je. Dahlah suka kencing dalam rumah". Lalu Ati menguis kucing tersebut keluar. Berdasarkan pengalaman kami, memang selalu kucing-kucing gelandangan yang tinggal di lorong belakang rumah kami ini suka masuk ke dalam rumah, mencuri makanan dan kemudian kencing di merata-rata tempat.
Waktu itu hujan lebat turun tiba-tiba. Kucing yang masih kecil ketakutan, mengiau-ngiau meminta simpati. Saya hanya berdiam diri, tidak bereaksi. Barangkali rasa takut pada haiwan itu lebih menebal berbanding rasa simpati. Hujan terus turun mencurah-curah. Kucing kecil berteleku kesejukan dan kebasahan di tepi longkang. Ati terus menutup pintu gril. Kucing kecil mengiau-ngiau lagi.
Selang dua tiga minit kemudian, mama datang ke dapur dari ruang tamu. Mama bertanya, " Mana datang bunyi anak kucing merengek tu?". Saya menuding jari ke arah luar pintu dapur. Mama menjenguk. Saya tahu selama ini, mama juga takut dengan kucing. Mungkin perasaan takut kepada kucing yang ada dalam diri saya diwarisi daripada mama.
"Angkat anak kucing tu bawak masuk dalam Ati. Kesian dia. Kucing tu baru baya-baya Najwa (anak buah saya, cucu pertama mama). Bayangkanlah kalau Najwa kena duduk tepi longkang hujan lebat gini. Mesti sejuk tu".
Ati akur. Dia keluar dalam hujan lebat itu, memanggil si kucing kecil yang ketakutan masuk semula ke dalam rumah. Kucing kecil itu seolah memahami. Apabila Ati membuat isyarat memanggilnya sahaja, terus dia berlari-lari masuk ke dalam dapur rumah kami. Keterdesakan dan kesejukan membuatkan kucing kecil itu terlupa pada ketakutannya. Bila difikirkan semula, tiada apa yang rugi jika ditumpangkan kucing itu sementara menanti hujan reda. Mungkin hanya sekadar pertolongan kecil, tetapi pahala yang kecil, jika dihimpun-himpun bisa membawa kita makin dekat kepada syurga. Percayalah, tiada apa yang akan dirugikan jika sekadar menumpangkan seekor kucing kecil yang kesejukan dan ketakutan sewaktu hujan. Ia juga makhluk Tuhan yang perlu perlindungan dan kerehatan. Perlukan belas kasihan daripada manusia seperti kita-kita ini.
Saya juga merenungi naluri keibuan sejati milik seorang insan yang pernah merasa jerihnya melahirkan. Ianya sebuah naluri yang sempurna. Penuh rasa belas kasihan dan keinginan untuk memberi keselesaan dan menjamin keselamatan. Walaupun hanya sekadar kepada seekor kucing kecil. Tetapi naluri seorang ibu membayangkan bagaimana jika hal seperti itu berlaku kepada anak manusia yang merupakan darah dagingnya. Kerana dia tidak mahu yang seperti itu berlaku kepada anak manusia, maka dia juga tidak mahu ianya berlaku kepada seekor kucing kecil yang tidak tahu mana asal usulnya itu. Benarlah, naluri keibuan sejati itu milik hati-hati yang lembut dan ikhlasnya sehingga berupaya melahirkan nyawa baru ke dunia. Yang lembut dan ikhlasnya mampu mengasihi sesama makhluk Allah di dunia. Yang lembut dan ikhlasnya mampu mencairkan hati insan lain, dan menuntun jiwa untuk kembali merenungi asal usul kejadian diri agar tidak sombong dan bongkak sehingga merasa diri sangat hebat berbanding makhluk Allah yang lain.
Orang kata, hari ini kita berbuat baik kepada sesama makhluk , esok lusa kita pula akan menerima kebaikan yang insya Allah akan memberi manfaat.
(",)

Monday 7 December 2009

(title unknown)

SEHINGGA HARI INI BANYAK TERJADI PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN. MARI BERDOA UNTUK YANG LEBIH BAIK LAGI.

Sunday 22 November 2009

cuba bayangkan kita di tempat mereka...


Masa kecil-kecil dulu, saya dan adik-adik ada satu hobi yang sangat pelik. Setiap pagi, kami akan tunggu di dapur. Sampai lori sampah datang. Bila lori sampah sampai, kami akan babai-babai pakcik lori sampah, pakcik lori sampah pun babai-babai balik, lepas tu lori sampah pun pergi dan kami akan masuk ke dalam semula (saja nak nikmati bau lori sampah) . Kejadian yang sama berulang hampir setiap hari, setiap kali kami berkesempatan. Tapi ayah pesan pada kami, siapa nak tengok, boleh tengok, tapi jangan tutup hidung. Siapa nak tutup hidung jangan tengok, pergi duduk dalam rumah.
Masa saya masuk tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Melaka, tong sampah besar asrama terletak di belakang dewan makan asrama. Untuk ke tong sampah perlu melalui dewan makan dahulu. Yang bagusnya setiap kali balik sekolah, kami akan berebut-rebut pergi dewan makan. Yang paling bagusnya, setiap kali kami makan tengah hari tu, setiap kali tu lah lori sampah akan datang mengutip sampah. Dan setiap kali tu kawan-kawan saya serta penghuni asrama lain akan menutup hidung dan mulut, ada pula yang sangat kejam buat macam termuntah-muntah (oh sangat over actinglah kamu~~). Tapi saya steady je terus makan tanpa tutup-tutup hidung dan mulut apatah lagi muntah-muntah sampai pengsan. Pernah kawan saya pelik macam mana saya boleh tahan bau sebegitu. Malas nak jelaskan, tapi kena jelaskan sebab saya tersangatlah meluat tengok orang tutup-tutup hidung atau buat-buat mabuk pengsan nak muntah bila lori sampah datang. Ini adalah petikan daripada titah beta pada waktu tersebut, (satu tengah hari dalam tahun 1998, sewaktu masih lagi belajar dalam tingkatan 1,lokasi dirahsiakan :p)
Farahdina kata : Ayah aku pesan jangan tutup-tutup hidung bila lori sampah lalu. Pakcik kerja lori sampah tu pun ada anak isteri. Cuba kau bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia yang baya-baya kita ni kalau nampak kita tutup-tutup hidung waktu bapak diorang lalu. Cuba korang, time bapak korang lalu, orang tutup-tutup hidung. Apa perasaan korang. Kerja lori sampah pun halal weh. Lagipun kalau semua orang nak kerja doktor, engineer, arkitek, cikgu, siapa nak kutip sampah yang korang buat hari-hari tu? Korang dahlah suka buat sampah. Korang ni memang sampah (jangan percaya, ni saje tambah).
Cuba bayangkan kita di tempat mereka dan anak-anak serta isteri-isteri mereka. Jangan menghina pekerjaan orang lain. Busuk atau wangi, pekerjaan seperti itu tetap halal, buat membesarkan anak-anak. Pekerjaan mengangkat sampah jauh lebih mulia daripada merompak dan merampas harta orang lain. Allah tidak menilai kita berdasarkan bekerja apakah kita. Tetapi sejauh mana pekerjaan kita itu adalah untuk kita berbakti dan beramal dalam kehidupan dunia ini menuju ke akhirat sana.
Tambah sikit, masa saya kecil, saya pernah berangan mahu menjadi seorang posmen. Tapi sekarang saya tak jadi posmen. Saya tak hantar surat, saya hantar e-mel je. Ok. Hantar SMS sekali. Jadi kawan-kawan, rajin-rajinlah SMS saya jemput ke walimah anda :p.
Masa kecil-kecil juga, dek kerana terlalu obses dengan lori sampah, saya dan adik-adik selalu bermain lori sampah. Kami akan memanjat katil 2 tingkat (double decker). Seorang akan duduk di bahagian depan katil bawah sebagai driver, dan dua orang lagi akan berdiri memanjat dan bertenggek di palang antara katil atas dan katil bawah, sebagai tukang angkat sampah. Kadang-kadang kami akan berebut-rebut siapa mahu menjadi driver lori dan siapa mahu menjadi tukang angkat sampah. Oh~~sangatlah indah kenangan waktu kecil itu. [Boleh ulang balik tak?Tak boleh, jawab AbuHanaan (",) ~~Anda sudah besar dan sudah jadi emak saudara orang sekarang~~Oh sungguh kejam ayat ini~]

cukup rasa? belum cukup lagi!

Waktu entry ni ditaip, saya sedang bersama dengan beberapa orang pelajar di Moscow ini. Menu kami hari ini, tomyam, dan daging bakar. Sekarang sedang menunggu tomyam yang sedang direneh (betul ke perkataan ni?) di atas dapur. Tiba-tiba teringat, masa balik bercuti ke Malaysia bulan-bulan yang lepas, saya telah mencuba perencah cukup rasa jenama M**** ke dalam makanan yang saya masak. Tak puas hati. Tak sedap langsung. Buang masa je. Nipu je iklan tu. Kata tak perlu bawang, garam, serbuk perasa. Rupanya tawar hampeh je. Cit. Tak cukup rasa langsung. Malu nak hidang ke orang. (apehal nak marah dalam blog ni...~~sigh~~)

Gumbiralah sangat!

Pagi tadi (bosanlah intro gini je balik-balik, pagi tadi, semalam, hari tu, malam tadi...grrrr...pape jelah) saya buka laptop, saya sign in e-mel dan saya buka inbox (sangatlah detail). Ada dua e-mel. Saya rasa bagai tak percaya dan terasa nak melompat-lompat. Cuti saya dah lulus. Dan tiket kapal terbang saya dah pun berjaya di book berserta tarikh pergi dan balik sekali (dah bayar pun). Tahu apa maknanya? Maknanya saya akan balik beraya haji ke Malaysia.Yeay yeay...Bestnya. Dapat balik raya. Yeay yeay. Rasa nak melompat-lompat je dalam dewan conference (pastu datang pakguard tembak guna ubat pelali untuk ikan paus biru).

Encik AbuHanaan, silalah jangan jeles ye. UmmuHanaan nak sangat bawak Encik AbuHanaan sekali, tapi apakan daya...Huhu...Encik AbuHanaan silalah duduk baik-baik di Cairo nun...Belajar rajin-rajin ye. Cepat Encik AbuHanaan habis belajar, cepat kita boleh balik sama-sama, jangan kata raya haji, raya cina, hari gawai,hari buruh, hari merdeka, hari jadi pun boleh. Semua-semua bolehlah :p. Nanti UmmuHanaan tolong makankan ketupat dengan rendang untuk Encik Abu Hanaan. Jangan nangis ok.

Sebenarnya ni episod balas dendam sebab raya haji tahun lepas terpaksa beraya tengah laut...Huhu...Episod ngeri tu raya atas pelantar minyak dekat Laut China Selatan. Dan tahun ni pula kalau mengikut kalendar perancangan sebenar yang tak berapa nak benar sebab dah tergendala sepatutnya musim haji tahun ni UmmuHanaan and AbuHanaan suppose to go for Haji. Tapi tak apa insya Allah ada rezeki dan kelapangan tahun mendatang akan cuba lagi melapangkan masa (asifah hubby for the cancellation. Jangan sedih ye. Tahun depan insya Allah, doa-doakan).

Moscow menghampiri suhu beku...sejuk...sejuk...

AbuHanaan, wish u're here) 

Gumbiralah sangat, sampai terpost entry ni kat sini. Sebenarnya nak post kat Aku Asrar-Mu XD.Tapi dah tertaip sini. Huuu...

Tak nampak?heheh Aihh...Tak payah bacalah. Memang saja nak buat bagi tak nampak.Nak AbuHanaan je baca.

Kebelakangan ini

Kebelakangan ini, saya dah jarang mandi (tapi bukan makna saya memang malas mandi ok) Saya adalah orang yang rajin mandi. Tapi sejak sampai ke Moscow yang sangatlah sejuk ini, bila saya mandi, kulit saya jadi gatal-gatal. Saya pergi jumpa doktor, doktor kata saya kena kurangkan mandi memandangkan cuaca sedang sangat suujukkk....Saya pun pelik kenapa doktor pesan gitu, tapi tak apalah.Tapi saya tetap mandi (jangan ingat saya tidak mandi).Tapi tak kerap macam di Dubai.

Kebelakangan ini saya sangat kuat makan. Saya makan macam-macam dan rasa tidak cukup. AbuHanaan adakah ini disebabkan oleh anda? OH OH...Bukan. Saya dalam proses menaikkan berat badan mengikut pesan doktor juga. Saya minum susu untuk menambahkan selera makan. Saya akan gumukkk dan menjadi ibu tidak lama lagi (semua perempuan pun akan jadi ibu satu hari nanti. Jangan risau ok!). Jadi berat badan pun perlu dinaikkan.

Kebelakangan ini bukansyadid selalu menjadi mangsa saya for personal matter. Hehe...ampun...Mungkin kerana terlampau gumbira dalam hidup kebelakangan ini. Kenapa saya gumbira? Saya pun tak tau kenapa. Tapi orang yang rapat dengan saya mesti tau kenapa saya gumbira. Kalau siapa tak tau maknanya dia tidak rapat dengan saya. Dia mungkin rapat dengan jiran saya sahaja.



Tak nampak lagi?

Friday 20 November 2009

Pendidikan Al Quran : Bila lagi?


Semalam, saya disapa oleh seorang jurutera dari UK. Aismet, berusia dalam lingkungan 30-an. Berasal daripada Bosnia Herzegovina sebenarnya, tetapi sudah lama tinggal di UK, berhijrah ketika perang pada tahun 1993. Kerana cara hidup keluarganya di negara tersebut, maka lelaki ini telah lama meninggalkan Al Quran, dan serasanya sudah tidak mahir lagi membacanya. Mungkin merangkak-rangkak. Dia mahu kembali mempelajari Al Quran. Setelah lebih sedekad tidak membuka kitab suci umat Islam ini. Jadi saya cadangkan beliau kembali memulakannya dari awal. Belajar membaca dan memahami Al Quran. Al Quran itu petunjuk sepanjang zaman. Tanpa Al Quran, akan gelaplah kehidupan walaupun punya pencapaian dan kemajuan.

Saya teringat ketika masih berusia 4 tahun, seorang jiran melabelkan ayah sebagai keterlaluan kerana telah memasukkan saya ke kelas tahfiz. Pada waktu itu, kata jiran saya, belajar bidang agama tidak akan membawa ke mana. Jadilah doktor atau guru atau jurutera. Kerjaya terjamin, masa depan cerah, kelak banyak wang. Ayah senyap sahaja. Kata ayah pula kepada saya,kakak-kakak dan abang, ayah tidak menghalang kami mahu menjadi apa. Jadilah apa sahaja yang kami mahu, doktor, jurutera, guru, arkitek. Asalkan ilmu Al Quran tidak kami lupakan. Dan menjadi tanggungjawab ayah untuk membekalkan kami dengan ilmu Al Quran ini. Waktu itu saya yang masih belum mengerti apa-apa hanya mengikut. Pagi pergi sekolah tadika (saya memasuki tadika pada usia 4 tahun, dan memasuki darjah 1 pada usia 5 tahun) , petang pergi kelas tahfiz, sehinggalah saya tamat hafazan 30 juzuk Al Quran beberapa tahun kemudian.

Kini setelah usia meningkat dewasa, barulah saya mengerti untuk apa ayah mahu saya dan adik beradik lain celik Al Quran. Tidak mengapa andai tidak menghafaznya, cukuplah sekadar tahu membacanya serta menghayati pengajaran dan segala apa yang diajarkan Al Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Saya perhatikan ramai rakan dan kenalan yang memegang jawatan profesional, tapi tidak hidup berlandaskan Al Quran. Ramai yang keluar daripada universiti tekemuka di barat, tetapi pulang ke Malaysia, hidup mereka semakin kurang etika. Bukan mahu mengatakan hidup yang saya jalani ini sangat sempurna, tetapi jika ada yang masih belum berkahwin sudah tinggal serumah lelaki dan perempuan, dan ada pula yang berkasih-kasihan sesama lelaki, ada yang lain berani menyimpan kekasih yang masih bersekolah, hujung minggu bertemu di hotel mewah sedangkan diri sendiri sudah beristeri -tidak salahkah itu?

Ilmu yang baik, ditimba adalah untuk diamalkan. Ilmu yang diamalkan pula perlu diiringi dengan kesedaran untuk digunakan pada jalan yang memberi manfaat, tidak kiralah ilmu agama mahupun dunia. Pelajarilah Al Quran kerana Al Quran merupakan ilmu yang memberi manfaat sepanjang zaman.

Pernahkah anda terfikir, di saat orang lain sudah tidak peduli dan menganggap sesuatu ciptaan sebagai sudah ketinggalan zaman, di saat kitab-kitab agama lain melalui pelbagai pembaharuan yang diada-adakan, Al Quran tetap relevan dan kukuh sepanjang zaman tanpa ada sesiapa dapat mengubah-ubah mahupun mengadakan yang lebih baik daripadanya. Ini buktinya kitab Al Quran itu diturunkan Allah cukup sempurna sebagai panduan buat umat manusia dan sebagai bukti kekuasaan-Nya. Rugilah kepada sesiapa yang mengabaikan pendidikan Al Quran, baik kepada diri sendiri mahupun kepada anak-anak.

Bila lagi mahu belajar Al Quran? Mahu tunggu tua, gigi tinggal dua, badan sudah bongkok tiga, baru mahu merangkak-rangkak membaca alif ba ta. Baru mahu cari guru agama minta ajar mengaji? Inilah masanya. Biar sedikit terlambat tetapi masih ada peluang. Didiklah anak anda dengan Al Quran sedari usia kecil mereka. Jangan sampai di alam barzakh nanti, terbit penyesalan. Anak yang dihantar ke sekolah, bijak belajar sehingga jadi doktor dan jurutera tetapi terlupa untuk dididik dengan Al Quran sehingga mereka tidak bersedekah doa mahupun fatihah buat arwah ibu bapa di alam barzakh sana.

Thursday 19 November 2009

Putih atau kuning?Di sisi Allah sama sahaja

Kisah 1 :
Satu tengah hari, sewaktu masih bekerja di Malaysia (semasa baru-baru bekerja setelah menamatkan pengajian sarjana muda kejuruteraan di UKM) saya pergi melawat satu tapak projek pembinaan yang terletak di Selayang. Pada hari tersebut, saya telah diberitahu oleh seorang kenalan senior yang turut melawat tapak projek pembinaan tersebut, bahawa sebagai seorang jurutera yang memakai topi keselamatan berwarna putih, jangan sesekali memberi muka kepada mereka-mereka yang memakai topi keselamatan berwarna kuning di tapak pembinaan tersebut. Saya yang pada waktu itu masih 'hijau' dalam arena kejuruteraan ini, sementelah bidang pembinaan memang bukan bidang saya menganggap perbezaan topi keselamatan kuning dan putih mungkin atas dasar keselamatan. Saya hanya berdiam dan mengangguk mengiyakan.

Kisah 2 :
Setelah bekerja di Dubai bersama British Petroleum, satu hari (beberapa minggu lalu) sewaktu melawat tapak pembinaan juga, seorang jurutera Perancis menegur saya. Ini dialog yang berlaku antara kami berdua.

Jurutera Perancis : Mademoiselle, vous ne devez pas porter ce casque de sécurité. (Cik, kamu tidak sepatutnya pakai topi keselamatan ini.)

Farahdina : Pourquoi? (Kenapa?)

Jurutera Perancis : Il est jaune. Jaune pour le travail. Vous êtes un ingénieur. Vous devez utiliser le blanc.(Ia kuning. Kuning adalah untuk buruh. Kamu seorang jurutera. Kamu mesti pakai yang putih.)

Farahdina : Est-il si? Je n'ai aucune idée à ce sujet. Mais peu importe. J'aime vraiment cette couleur. (Macam tu ke? Saya tak tahu. Tapi tak mengapa. Saya suka warna ni.)

Jurutera Perancis : N manquer. Yo faut le changer.(Tidak cik, kamu perlu menukarnya.)

Farahdina : Non, même ce que je porte, je fais toujours mon travail. Rien de différent. (Tidak,biarpun saya pakai yang ini, saya tetapi boleh lakukan tugas saya. Tiada apa bezanya.)

-Saya tetap berkeras hati, dan jurutera Perancis pun berlalu pergi. Sebenarnya waktu itu saya tertinggalkan topi keselamatan saya di rumah. Topi keselamatan kuning tersebut saya ambil di pejabat tapak pembinaan tersebut.
Barulah saya tahu mengapa sewaktu pertama kali melawat tapak dahulu, jurutera senior tersebut berkata demikian kepada saya. Pada saya, tiada sebarang masalah tentang itu. Ada bezakah memakai topi keselamatan kuning dengan topi keselamatan putih? Kalau ditakdirkan ada kemalangan berlaku, topi itu, putih atau kuning, fungsinya tetap untuk melindungi daripada berlaku kecederaan di kepala. Bukan untuk membezakan kasta dan darjat serta jurang pendapatan.

Andai ditakdirkan berlaku kemalangan di tapak pembinaan dan ada seorang buruh binaan bertopi keselamatan kuning dengan seorang jurutera bertopi keselamatan putih yang terlibat (menjadi mangsa) dan telah tertulis takdir bahawa mereka berdua akan mati di tempat kejadian, dapatkah topi putih tersebut memberi isyarat kepada malaikat Izrail, jangan ambil dahulu nyawa orang ini, kerana dia seorang jurutera. Lihat pada topi keselamatan putih yang dipakainya itu. Ambillah nyawa buruh itu dahulu kerana dia bertopi kuning. TIDAK! TIADA BEZANYA.

Kita semua manusia. Di sisi Allah sama sahaja. Kuning atau putih, buruh binaan atau jurutera, semua sama sahaja. Takutlah kepada Allah. Hanya Dia sahaja yang layak menilai hambanya. Biarpun besar pangkat di dunia, banyak harta melimpah sampai tak habis makan, tanpa iman dan takwa, di akhirat nanti ke mana agaknya tempat kita? Akhirat itu negeri yang kekal abadi. Dunia ini hanya sekadar persinggahan sementara. Pencapaian di dunia ini tidak ada apa-apa makna andai tidak diiringi dengan kesedaran kita bahawa dunia ini hanya pinjaman, apa-apa yang ada pada kita semuanya pinjaman. Allah yang paling berhak atas segala-galanya.
Sebenarnya banyak perkara di dunia ini kita ada-adakan untuk membeza-bezakan sesama manusia. Wang, pekerjaan, gelaran dan rupa paras antaranya. Semuanya untuk memberi taraf begitu begini. Lupakah kita ada Allah yang lebih tahu bagaimana dan apakah yang sepatutnya dan selayaknya untuk hamba-Nya itu. Sungguh manusia itu memang sangat suka memandai-mandai dalam membuat penilaian.

Wednesday 18 November 2009

Lapar, bingung, resah > Allah sentiasa bersama

Orang kata, bila ada masalah, jumpalah dan pandanglah orang-orang yang kita sayangi. Insya Allah segala permasalahan akan terungkai. Segala derita akan terlerai (biarpun masalah tetap tak selesai, tapi dapat ringankan sikit pun alhamdulillah). Jadi hari ni, masalah saya adalah kelaparan. Jadi saya mahu pandang gambar (kerana jarak yang membataskan saya daripada menemui mereka secara terus, tengok gambar pun jadilah) orang-orang yang saya sayangi ini sepuas hati supaya dapat ringankan masalah kelaparan saya ini.
Ayah dan mama
Adik saya, Ati dengan sayalah

Adik saya lagi, Ika dengan saya juga (jangan keliru Ati dan Ika di dalam gambar di atas adalah dua individu yang berbeza tetapi serupa kerana kembar) 
Anak buah saya, Najwa Ar-Rumaisaa'

Petang semalam selepas menghadiri mesyuarat saya berjumpa dengan seorang lagi pelajar Malaysia di luar bangunan hotel tempat persidangan yang sedang saya sertai berlangsung. Pada mulanya pelajar ini menyangka saya adalah seorang wanita berketurunan Arab, tetapi apabila saya menyapanya dalam bahasa Melayu untuk bertanya arah jalan, dia kelihatan sangat gembira dan teruja sehingga berulangkali bertanya kembali, "Are you really Malaysian?Not Arabian?Boleh cakap Melayu?" Sehingga saya terpaksa mengiyakan beberapa kali. Memandangkan kelonggaran yang diberi syariat, maka pelajar lelaki yang menuntut dalam bidang perubatan ini menawarkan untuk menghantar saya sehingga ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Moscow ini dengan cara berjalan kaki.

Dalam perjalanan, beliau sempat menanyakan saya beberapa soalan. Antaranya masalah pemakanan dan cuaca. Saya menceritakan serba sedikit tentang kedai makanan halal yang telah ditunjukkan kepada saya pada hari pertama menjejak kaki ke bumi Russia ini. Pelajar itu bersetuju supaya saya membeli makanan dari kedai milik rakyat keturunan Pakistan seperti yang diceritakan itu. Tetapi beliau sempat berpesan, "Kak kena berhati-hati membeli makanan di sini. Memang yang dikatakan halal itu memang benar ayam, bukan b**i, tetapi kita tidak tahu cara penyembelihannya bagaimana". Saya mengangguk. Ada benarnya.

Pagi tadi semasa mahu membeli makanan, saya dapati kedai makanan halal milik lelaki berketurunan Pakistan itu ditutup. Saya cuba mencari-cari kalau-kalau ada kedai makanan halal lain. Tapi malangnya gagal saya temui. Mungkin ada, tidak mungkin di Moscow ini cuma ada satu itu sahaja kedai makanan halal, tetapi saya yang mungkin sedikit kurang peka sehingga gagal menemuinya. Untuk bertanya, serasanya masih awal lagi. Sementelah orang di sekeliling saya semuanya sedang sibuk dengan persidangan yang sedang berlangsung ini.

Saya sedang lapar. Bila saya lapar, saya akan menjadi sedikit bingung dan resah. Tapi saya yakin Allah sentiasa bersama. Dia tidak akan memikulkan hamba-Nya dengan dugaan yang tidak terlarat untuk dipikul. Maka saya tahu, Allah sudah merangka ujian ini buat saya dan Dia tahu bahawa saya larat untuk memikul ujian kelaparan ini. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Sehingga entry ini ditaip, saya masih berada di dalam dewan persidangan, dalam keadaan sangat kelaparan dan kesejukan. Cuaca di luar menghampiri 3degree celcius dan sekarang sudah pun hampir jam 4.45 petang waktu Moscow.

*Oh, lupa. Pelajar perubatan yang menggelarkan saya kakak itu akhirnya tersipu-sipu malu apabila menanyakan usia saya, kerana saya sebenarnya lebih muda hampir tiga tahun daripada beliau :p. Tapi tidak mengapa. Saya tidak kisah. Panggillah apa sahaja, nenek pun saya tidak kisah. Asalkan tidak mengejek dan tidak lari daripada norma kesopanan.

Tuesday 17 November 2009

wajah suci

Today, I met a few medical students from Malaysia, whom know studying at the Russian Medical State University. As a group of Malaysian who temporarily aren't longer staying in Malaysia (me as an engineer who work at oversea, and they are of course students here), concerning about the current issues that happening in Malaysia can be said as a compulsary subject in our meeting. One of the issue is the new culture that attact Malaysian's young people - killing newly born baby upon birth and throw it like a rubbish into the drain or river, or in advance, illegal abortion (for those who have more money) and a more human-being but still cruel did, leaving the baby that still alive at the mosque stairs, or in front other's house or at the playground.

For me, those who killed their baby upon birth or doing the illegal abortion, they're such a pathetic insane. Should they believe they're really needed to be here, on the world after commited the 2 such big sins-'berzina' and 'membunuh'! And for those that leave the babies alive, cold and without any hands to pampered them,do you ever think, how if the dogs come, bite the babies, or if there are a group of 'semut api' that bite the babies all over the body. Or the babies aren't be found by anyone, they could be die of hunger and cold!If they survive, become an adult, there would be such a bizzaire, who are the man and woman that they can really call a mum and dad instead of the pegawai kebajikan masyarakat or the ibu bapa angkat.

So for them (the irresponsible mum and dad that actually not competent yet to be a mum and dad), if they read this, I hope they realised that it was such a big sin. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya sikecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Di manakah nilai ikhsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

Wajah suci itu tidak berdosa

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Di manakah nilai ikhsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan

Mengapa tiada simpati dan kasihan

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirmu ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina...

Monday 16 November 2009

bersiaran dari Russia

Sewaktu menaip entry ini, saya telahpun selamat tiba ke bumi Russia. Sejuk dingin sudah terasa sejak tiba di Moscow Domodevo International Airport lagi. Banyak perkara yang dirisaukan, antaranya masalah bahasa, makanan dan cuaca yang nampaknya jauh lebih sejuk daripada UK, apatah lagi Dubai. Inilah kali pertama saya menjejak kaki ke negara hampir Siberian ini yang antaranya bersempadan dengan negara China. Tidak banyak yang dapat diperhatikan, secara peribadi bagi saya Russia tidaklah seindah mana. Mujurnya saya hanya akan berada di sini sekitar seminggu atas urusan kerja. Jadi tidak perlu terlalu risau tentang masalah bahasa dan paling utama mencari makanan halal. Menurut seorang rakan yang menuntut dalam bidang perubatan di sini, orang Russia kurang mahu bertutur bahasa Inggeris apatah lagi tulisannya yang tersendiri lebih merumitkan. Tambah memeningkan, orang Russia juga sangat gemar menikmati daging b**i. Puratanya lebih besar daripada masyarakat Eropah lain. Tetapi tidak mengapa, saya sudahpun ditunjukkan dengan kedai makanan halal yang terdapat di bandar Moscow. Mungkin boleh memudahkan urusan, insya Allah. Sekali sekala terasa agak bingung memikirkan bahasa yang mereka gunakan jauh berbeza daripada bahasa Melayu, Inggeris, Arab atau Perancis yang biasa saya lazimi. Bahkan untuk merujuk peta juga agak merumitkan memandangkan hampir semua papan tanda dalam bahasa Russia. Saya berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan.

untitled

Sunday 15 November 2009

Palpite moi le long de cette voie


J'ai est revenu à Dubai. Allah de merci, car je ne vais pas obéir à l'ordre de bouger au quart de tête au United Kingdom. Et pour une forte raison qui ne peut pas être mentionnée ici, je continuerai à travailler ici, donc je serai toujours ici du point de vue il y a 5-6 mois plus tard. Mais tout de même je dois quitter la station quant à aujourd'hui, je dois aller en Russie, des 5 jours en travaillant le voyage là. Je prie pour la force et la bonté d'Allah. Peut Il me bénir et me montrer la façon d'être a 'wanita solehah'. Et guidez-moi vers la sortie la voie de tous les problèmes de la vie.

Comme j'ai rappelé ce qui a été exposé dans Al Quran:
(فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥
Ainsi en vérité, avec chaque difficulté, il y a le relief
(As Syarh, 5)

Je rappellerai toujours à mon moi, Allah n'évaluera jamais quelqu'un qui n'a pas la capacité d'être évalué. Donc je dois être fort. Allah est le plus juste. Allah sait mieux les capacités de Ses serviteurs.

~~tiada lain yang kuharap hanya kasih sayang-Mu Tuhan, membawaku ke rimbun keampunan. Ya Allah. Pada-Mu kuserah segala~~

Saturday 14 November 2009

For working purposes ke?Berlagaknye aku...

I was walking at a mall in Syarjah, when I found a camera shop. I went inside and decided to buy something. So I bought a new camera. Just don't think it's an ordinary camera. Because now, I'm walking outside of my ordinary routine. And after bought it I really realised that I've made a big mistake by buying this Olympus E-P2 which cost me almost GBP850 (850x5.50=RM4675).I'm such a big waster!!!

My mistakes:

1. Sangat berlagak dan sangat membazir, when I bought this for nothing at first. It can be say for working purposes, but I'm not a photographer. Setakat nak ambil gambar site, pakai camera digital biasa pun boleh.

2. I mentioned it to myself as a gift for hubby (lepas keluar daripada kedai sebab nak sedapkan hati sendiri-sebab time tu dah terfikir buat apalah aku beli mende ni). But when I passed another camera shop, I remembered hubby wasn't interested with this one. He wants some else which branded Canon (if I'm not mistaken). This is second mistake I've done.Huuu...But still hubby can have this one, if he really want. If not so, I'm thinking of buying another for hubby. But what belongs to me, are belongs to hubby too. So he can permanently take this 'kamera berlagak' although if I buy him the new one according to his dream.

*I think buying something not on the accurate purpose is one of the professional matter of being a wife instead of cooking and house cleaning. :p

abaya Dubai assembly in Syarjah

I was in Syarjah (one of territory in UAE) when I found out that the abaya's (which some people in Malaysia said abaya Dubai) price is much more cheaper than one in Dubai, and much more beautiful. There are also the handmade (I mean 100% handsew) which personally I can say that you will never regret of having it one (lebih pun takpe). Huuu...Should I change this streotype's name into abaya Syarjah. Because in my planning after this, I'll come to Syarjah if I'm going to buy abaya. So any reservation (kirimlah, I tak buat jual online ok) please text me ok. I use Malaysian Celcom, so don't worry about the SMS's cost. Unless you're abroad too. Or leave a message via YM, even I'm not online. I'll alert it later.

Friday 13 November 2009

For today...

I have now about 9 hours left for me to step into one of my important moment in life. Thank you for anybody who prays for me. May Allah bless all of you.

Wednesday 11 November 2009

of a man who hurt his wife


Tuesday's Malaysian newspaper reported a 70's man charged after stabbing his 73 years old wife till death, in front of their house at Alor Setar. On behalf of the early judgement, the 70's man is said to be too jealous and his wife asked for so many time to get divorce for not capable of enduring the husband's jealousy. But the man refuse to let his wife free. So after the merely quarelling, the husband suddenly brought out a knife from his pocket, stabbed the wife, witnessed by the wife's stepson. This depicted the lameness of family's awareness which not only happen in the marriage of young couples, but also in the marriage of the veteran one, even in the not very first marriage.
Should anyone feels lact of patience, bear in mind, that killing people, isn't the accurate way of solving problems, in this case marriage and divorce. In Al Quran, there are a lot of living education, teach us how to lead a life as a husband and wife. Being nice to each other.
Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the husband’s) absence what Allah would have them guard. As to those women on whose part ye fear disloyalty and ill-conduct, admonish them (first), (Next), refuse to share their beds, (And last) beat them (lightly); but if they return to obedience, seek not against them Means (of annoyance): For Allah is Most High, great (above you all).
An-nisaa'-34
When finding of bereft in ideas to save a marriage, thus muhasabah and musyawarah are the best way of keeping life wellness. Allah provides the way,
for you to ask for the best decision, not by harming or hurting or even killing anybody, husband or wife. Do as what religion teaches us. Religion, Islam of course drives us into the best way of life.
Allah created man and woman as partner, as in the Al Quran,
Men and women are created complimentary to each other. So behave like a truly human. The guides have been given, it's up on us to manage the way how they can be practically avail in our life.