Saturday 27 February 2010

sini spring sana pun spring


Ini adalah Hyde Park London dalam musim spring ini. Kami bercuti selama 2 minggu (mungkin, kalau tak ada kelas). Saya akan berjalan-jalan ke Belanda (mungkin juga lagi) dan bukan dinamakan jaulah,sebab ada orang cakap jaulah tu untuk ustaz-ustaz di Middle East. Kami di UK ni siapalah sangat nak guna jaulah. Jadi keputusan telah dibuat kami akan berekreasi ke Belanda. Terima kasih kepada para penggubal keputusan yang sebulat suara tidak memilih Paris kerana menghormati para pemakai niqab. Saya sangat menghormati keputusan kalian (I adore u lebih). Bercerita tentang spring, Malaysia juga sedang mengalami spring (??apakah?) pada waktu ini. Tak percaya tengok sahaja gambar di bawah ini. Pokok ini berbunga dengan giat pada waktu ini. Gambar ini diemel oleh kakak saya di Malaysia melalui laptop lama saya. Tengok langit tu, kan langit Malaysia tu kan. Subhan Allah. Sini spring sana pun spring. Maha suci Allah yang mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada.



Wednesday 24 February 2010

Luahan hati seorang senior

USRAH mendewasakan? Saya rasa ada orang yang cuba mengajar saya menjadi berpuak-puak dan tidak adil melalui usrah. Tetapi sebagai seorang dewasa yang mampu berfikir, saya rumuskan orang seperti ini kurang betul dan cuba merosakkan nama baik orang-orang baik yang merindui usrah. Walaupun saya bukanlah seorang pengikut setia usrah, saya hanya mengikutinya apabila dijemput atau apabila terasa segan kerana banyak kali dijemput tidak juga datang-datang, tetapi ikhlasnya kehadiran orang yang cuba mewujudkan situasi kurang senang dalam kalangan perindu usrah itu adalah orang yang sedikit tempang hatinya. Mengapa menabur pasir kepada segolongan orang baik yang rindukan kebenaran hanya kerana kau terlampau inginkan penghormatan? Tidak elok begitu. Jika datang sekadar berniat mahu mengajak ahli usrah menjadi berpuak-puak, bukan dengan niat untuk mengutip ilmu, rasanya lebih baik jangan datang berhalaqoh, menyertai usrah. Baik duduk sahaja berkempen untuk penghormatan yang didambakan tu melalui medium lain. Ingat usrah bukanlah jalannya untuk mencari penghormatan mahupun untuk mengajak mata-mata lain yang memerhati melihat engkau sebagai orang kuat agama. Silap langkahlah andai beranggapan begitu.

Sesuatu yang berbaloi

Saya nampak satu rencana ditampal di ruang menunggu dekat kaki tangga rumah di Westsminster. Nota untuk saya. Ada perbincangan dalam kumpulan bakal diadakan (halaqoh). Mungkin ini adalah berbaloi buat masa ini. Cuba melupakan sebentar apa yang difikirkan. Tetapi sungguh saya tidak sedih dengan keputusan yang telah dibuat sejak berminggu-minggu lalu. Sebab saya yakin keputusan itu sangat berbaloi.

Saya sedang dalam marathon menonton CSI: NY, CSI: Miami dan Crime Scene Investigation (Nevada, LV). Ada sesiapa mahu join saya? Angkat tangan. Hantar resume. Lelaki dan perempuan, usia 25 tahun ke atas, Sihat tubuh badan. Boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Perancis dengan lancar. Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun menonton siri-siri CSI.

Monday 22 February 2010

hilang bahagia

Apabila merasa hilang bahagia
redhakan dirimu menerimanya
andai kesusahan menjadi ujian
tetapkan imanmu
usah hilang pengharapan

nur malam

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

entry sampah untuk hari sampah

Sebenarnya entry ini tidaklah sesampah manapun. Saya menghadiri rubbish day anjuran fakulti. Mengutip sampah-sampah yang terdapat di sekeliling kampus sambil membuat pameran kitar semula. Dan melayan peminat yang mahu bergambar dengan ninja turtle ini. Tipu je. Saya tidak pernah bertukar menjadi ninja turtle pun. Cuma ada beberapa rakan universiti yang sebelum ini tidak pernah nampak saya berada di sekeliling alam kampus (sebelum ini di alam maya sahaja) telah terserempak dengan saya dan mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan ninja turtle ini sekali lagi saya tipu. Maksudnya dengan gadis desa ini. Desa waterparklah maksudnya. Maksudnya bergambar dengan wanita pelik yang memakai topeng. Bukan. Wanita berniqab. Itu yang paling tepat. Saya gembira dapat membantu mereka melampiaskan nafsu bergambar. Saya tahu mereka pelajar yang baik. Tiba-tiba je cerita tentang student attitude.

Awa sudah besar sekarang dan wajahnya mirip ninja turtle dan rambutnya boleh diikat seperti antena astro.Bila sudah besar sudah pandai menyorok di dalam almari pakaian dan menterujakan datuk dan nenek yang tercari-cari ke manakah perginya cucu yang nakal ini.

diam diri

Diam diri mungkin adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan sekarang. Saya sedih dengan prestasi buruk yang saya hidangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kepada sesiapa yang berkenaan yang membaca blog ini, maafkan saya kerana membuat kalian bersedih. Saya insan biasa,

letih silap tertinggi suara,
tak ada mood malas bicara.

Itu perkara yang sebolehnya mahu saya elakkan tetapi saya tidak mampu. Saya tidak sempurna untuk menjaga setiap hati yang telah terasa. Kerana tiada sesiapa yang pernah cuba menjaga hati saya.

Saturday 20 February 2010

anak itu

Anak itu

tika umurnya bayi hingga tujuh tahun
dilayan bagaikan raja
diberi segala apa yang dipinta
dikasih dibelai manja
didengar rawan tangisnya.
agar besarnya jadi berguna.

waktu usianya tujuh hingga empat belas tahun
dilayan bagai tawanan
enggan solat dipukulkan
mahu itu ini ditidakkan
berlebih-lebihan dielakkan
agar besar nanti bisa jadi sandaran harapan.

tatkala dirinya meningkat dewasa
lantiklah ia menjadi menteri
bila ia bersuara didengari
bila ia bercadang diteliti
bila ia bersungguh dihargai
agar ia sentiasa rasa dipunyai, diperlukan dan dirahmati.

Friday 19 February 2010

it's half

1/2 geek

1/2 spy

and everything in between

do anyone watch CHUCK?


I'm now being in quite a tough showing that I'm not a fully boycottism people towards western. Alang-alangkan people said I'm an orientalist due to my higher education in UK, so let me emphasize it.

do anybody see him?



Do you see him? He is Lieutenant Horatio Caine from CSI: Miami.
Some said he just shows a fake coolness, but I don't really care about that cause I'm really impressed when he is a Horatio Caine not when he was a John Walden or even David Caruso. Beside Horatio Caine is onle a fictive character in CSI: Miami.

And don't get me wrong for I know someone said, "tengoklah cerita orang putih, kena tipu dengan barat". Come on man. Janganlah melampau sangat ini drama je pun. I know there are many people out there that too much practiced with the boycotting matter but still hanging out at Mac Donald when PTPTN allowance has been banked in. Kankan...Gejala cakap tak serupa bikin yang semakin menularlah...ada yang beriya duk memboikot, colgate tak usik, KFC tak beli, MacD tak pergi, tapi bila ada peluang pergi Disneyland...adakan jangan cakap takde ^^.

(saya bukanlah seorang pemboikot yang baik, lebih-lebih lagi dengan status pendidikan yang saya terima sehingga ada orang mengatakan saya orientalis.Ish...Ish...Tapi tidak mengapa. CSI: Miami, CSI:NY and Crime Scene Investigation are just for entertainment, but I'm now is a quite hardcore fan of these series)

-ada sesiapa wanna say I'm an orientalist sebab sangat minat dengan drama orang putih ini?simpan sahaja dalam hati ok.

Wednesday 17 February 2010

bukan semua yang guna lorong tu perempuan tak baik...

Saya sudah agak lama memendam cerita ini. Tetapi semakin lama dipendam, semakin sesak terasa dalam hati menyimpannya. Kisah ini berlaku pada suatu pagi dalam bulan ramadhan yang lalu.

Kisahnya pada suatu awal pagi,saya menerima panggilan telefon daripada seorang sepupu. Dia tiba di KLIA sekitar jam 10 malam, dan mujurnya sempat menaiki tren terakhir KLIA Express ke KL Sentral. Dia tiba di KL Sentral sewaktu jam sudah merangkak ke angka 12 tengah malam. Dalam kekalutan mencari teksi kerana kenderaan awam lain sudah tamat jam perkhidmatannya, seorang pemuda menyapa sepupu saya. Dalam sekelip mata si pemuda berlalu pergi bersama beg pakaian beroda, telefon bimbit, laptop, duit tunai, passport dan dokumen lain meninggalkan sepupu perempuan saya ini dalam keadaan terpingapinga. Sepupu saya disamun dalam masa tidak sampai seminit oleh seorang lelaki kurus yang membawa pisau, di laluan pejalan kaki sunyi sebelah kawasan pembinaan (pada waktu itu) berhadapan KL Sentral menghala ke stesen monorel KL Sentral. Sepupu saya yang ketakutan berlari ke kedai mamak berhampiran, meminta bantuan seorang lelaki muda berusia lingkungan 20-an berketurunan India yang sedang makan. Lelaki India dan kawan-kawannya seramai 4 orang cuba menjejaki si penyamun di kawasan yang sepupu saya sebutkan, tetapi malangnya penyamun itu telah melarikan diri. Kumpulan lelaki India cuba menawarkan bantuan kepada sepupu saya. Mereka bertanya ke mana sepupu saya mahu pergi. Tetapi sepupu saya tidak tahu ke mana dia mahu pergi kerana alamat rumah kakak saya di Menara Putra yang telah diberi kepada sepupu saya itu dicatat di dalam telefon bimbitnya yang telah dilarikan oleh penyamun. Kemudian lelaki India menyuruh sepupu saya bertenang. Dia menyuruh sepupu saya mengingati nombor telefon sesiapa sahaja yang mampu diingati. Akhirnya sepupu saya memberi nombor telefon ibunya. Lelaki India meminjamkan telefon bimbitnya kepada sepupu saya, tetapi sebelum itu sempat mengajar sepupu saya yang sedang panik itu apa yang harus diberitahu kepada ibunya di Terengganu . Lelaki India menyuruh sepupu saya bertenang, dan menceritakan kepada ibunya di kampung dalam keadaan tenang juga dan meminta ibu di kampung supaya tidak panik, sambil menyuruh si ibu mencari nombor telefon saya sebagai orang terdekat untuk dihubungi. Akhirnya si ibu dan juga sepupu saya berjaya mengawal panik. Si ibu dijamin oleh lelaki India bahawa anak gadisnya berada dalam keadaan selamat dan mereka akan menunggu sehingga saya datang. Kemudian sekali lagi telefon bimbit lelaki India gemuk dipinjamkan kepada sepupu saya, untuk menelefon saya meminta saya datang menjemputnya di KL Sentral.

Sejurus mendapat panggilan sepupu saya itu, saya bersama bapa saudara dan kakngah bergegas turun dari Menara Putra, menuju ke tempat meletak kereta. Malangnya kereta kami telah diblok oleh dua buah kereta lain. Saya melihat jam di skrin telefon bimbit, sudah 2.15 pagi. Ketika itu hujan renyai-renyai. Bapa saudara saya mencadangkan supaya mengambil teksi sahaja ke KL Sentral. Lalu kami melangkah pantas meninggalkan perkarangan Menara Putra menuju ke arah Medan Tuanku. Mulanya saya mencadangkan menunggu di hadapan KFC Jalan Raja Laut tetapi bapa saudara tidak bersetuju kerana di sana selalu ada orang kurang waras pada waktu sebegitu. Akhirnya kami berjalan kaki sahaja menyusuri jalan tersebut menghala ke Medan Tuanku menggunakan jalan berhampiran Lorong Haji Taib. Sampai di pejabat sebuah parti politik. Saya nampak 3 orang pemuda baru keluar daripada pejabat tersebut. Mereka berdiri di hadapan pintu pejabat. Dalam hati saya berkata, "Bagus betul diorang ni. Pukul 2.30 pagi baru habis kerja. Ni mesti orang baik-baik, sanggup berjuang demi agama, tidur lewat untuk bekerja demi parti".

Ceritanya tidak tamat di situ. Kerana selang beberapa minit selepas itu, hati saya jadi hampa melihat perangai kurang adab orang yang saya anggap pejuang tersebut.

Bayangkan, beberapa langkah meninggalkan pejabat parti politik tersebut, saya melalui pula kaki lima Public Bank. Kemudian menempuh sebuah restoran Cina yang baru tamat waktu perniagaan. Saya dan bapa saudara mengambil keputusan untuk keluar daripada zon selesa kaki lima kerana melihat lantai restoran Cina yang basah dengan air basuhan pinggan dan sisa makanan. Risau terpaksa mensertu kaki pula jika memijak sisa makanan yang sudah basah tersebut. Tidak mengapalah andai ditimpa hujan sekalipun. Kemudian tidak semena-mena, badan saya terasa seperti dilanggar sesuatu dari arah belakang. Saya jatuh tersungkur ke hadapan. Telapak tangan saya luka. Saya mengangkat kepala dan melihat salah seorang lelaki yang saya nampak, dan saya puji di hadapan pejabat parti politik tadi baru sahaja berlari pantas meninggalkan saya menuju ke sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru turqoise bernombor plat BK* ****(yang berbunga itu saya tidak ingat). Lelaki itulah yang melanggar saya dari belakang tadi. Saya sangat pasti itu dia. Saya menyumpah seranah (jangan pertikaikan ini kerana saya juga insan biasa,sakit hati itu adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi yang kurang adab itu orang yang nampak alim dan nampak seperti boleh dikagumi tetapi hampeh).

Saya merasa berhak untuk marah kerana lelaki kurang ajar itu langsung tidak berpaling untuk meminta maaf dan bertanya kondisi saya. Takkan dia tidak sedar yang dilanggarnya itu anak manusia, bukan anak anjing. Anak manusia yang dilanggarnya itu luka telapak tangannya kerana terjatuh. Dia tidak sedarkah anak manusia itu terjatuh dan berkemungkinan cedera? Apalah bengap sangat pemuda itu. Kelihatannya seperti berpendidikan tinggi, rela tidur lewat berembun demi masyarakat (maksud saya parti politik adalah untuk rakyat, lebih-lebih lagi parti itu untuk rakyat beragama Islam) tetapi kiranya perkara paling asas dalam kehidupan bermasyarakat telah terlepas pandang daripada pandangan pemuda bajet bagus ini. Dia melanggar seorang anak manusia, wanita pula (bukankah nabi juga berpesan supaya melindungi wanita, dan Al Quran menyebut lelaki adalah pelindung wanita, An-Nisa'-34) kemudian anak manusia yang dilanggarnya itu terjatuh, luka telapak tangannya tetapi pemuda bajet bagus langsung tidak menoleh ke belakang untuk memohon maaf di atas kecuaiannya.

Sekurang-kurangnya cakaplah, "Sorry". Susah sangatkah?

Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran pemuda bajet bagus tersebut? Apakah kerana dia melanggar saya pada pukul 2.30 pagi di suatu tempat berhampiran Lorong Haji Taib, sebuah kawasan pelacuran yang terkenal, maka dia pukul rata bahawa saya juga sebahagian daripada golongan tersebut dan tidak layak menerima kenyataan maaf darinya? Hei, bukalah mata luas sedikit dari itu. Saya berada di situ bersama bapa saudara dan kakak saya. Kami wanita bertudung yang terpaksa keluar malam kerana kecemasan.Jika tidak kerana hal kecemasan kami juga tidak mahu keluar selewat itu. Dan jika yang dilanggar itu pelacur sekalipun dia tetap perlu meminta maaf kerana pelacur juga manusia seperti dia walaupun si pemuda itu menganggap si pelacur tidak layak. Tetapi lupakah dia bahawa dia dulu lahir sebagai manusia, yang dilanggar itu (saya) juga manusia, dan jika dia melanggar seorang pelacur sekalipun, pelacur itu tetap manusia.

Rumusan saya mudah sahaja, pemuda bajet bagus itu terlalu sombong untuk memohon maaf. Terlalu tinggi ilmunya mungkin (pada anggapan dialah). Ialah yang dilanggar itu perempuan yang keluar pada jam 2 pagi. Pada pandangannya jam 2 pagi seorang perempuan tidak wajar keluar, jika keluar juga maka perempuan itu bukanlah dari kalangan yang boleh dibuat isteri (ada aku kesah?). Inilah dia contoh pemimpin masa hadapankan.Kankankankan.

Seperkara lagi jika benar mahu berbakti kepada masyarakat, sepatutnya mulakan dari awal. Ambil kira perasaan orang kiri kanan dalam ehwal kemasyarakatan bukan setakat berprotes demonstrasi di sana sini demi parti sedangkan tempang dalam kehidupan peribadi. Bukankah pemimpin yang baik itu adalah orang yang peribadinya tidak menyakitkan orang lain? Inilah luahan hati saya kepada pemuda biadap itu. Seandainya (misalan katalah) dia terbaca entry ini ketahuilah bahawa seorang wanita kurang pemaaf ini sedang menagih permohonan maaf daripadanya. Sehingga kini jika saya ke Kuala Lumpur saya akan melalui kawasan berkenaan mencari-cari jika Perodua Myvi itu masih diletak di situ kerana ada pesanan mahu saya tinggalkan di cermin keretanya. Pesanan daripada seorang wanita yang terluka telapak tangannya kerana dilanggar seorang pemuda biadap. Saya bukan menyalahkan ideologi politiknya atau fahamannya, atau jenis pendidikannya. Saya tidak ambil kira itu semua,jika parti pemerintah pun, saya tidak peduli . Itu belakang kira. Cuma peribadinya itu. Ada sedikit keraguan di situ. Lebih-lebih lagi membawa imej Islam, malulah jika peribadi biadap sebegitu dipernampakkan, khuatir orang akan menuding kepada imej Islam yang dibawanya kelak.

Sambung cerita tentang misi menyelamatkan sepupu saya,

Kemudian dalam keadaan tangan terluka saya dan bapa saudara serta kakngah mendapat teksi berhampiran Maju Junction, di hadapan Tune Hotel. Kami selamat bertemu dengan si sepupu di sebuah kedai mamak berhampiran stesen Monorel KL Sentral. Kemudian ke balai polis Brickfields untuk membuat laporan. Apa yang mengharukan kumpulan pemuda India setia menunggu bersama sepupu saya demi menjamin keselamatan gadis itu. Dan dari cerita sepupu saya, rasa terharu lekas bercambah menjadi kagum. Si sepupu berkata, salah seorang pemuda India mencadangkan untuk menelefon saya semula, meminta alamat daripada saya dan terus menghantar sepupu saya ke rumah di Menara Putra, tetapi idea itu disangkal oleh pemuda India berbadan gempal, katanya, "Ini budak agama punya orang. Pakai tudung. Tak boleh buat main mahu hantar nanti kesian sama emak dia kampung sana susah hati. Kita tunggu saja sama dia sini".

Faham? Dua situasi yang berbeza di satu awal pagi yang sama. Saya bertemu dengan seorang pemuda Melayu Islam yang pada mulanya saya anggap pejuang agama, saya beri pujian di dalam hati tapi kemudian berlaku biadap. Sepupu saya bertemu dengan sekumpulan pemuda India yang pada mulanya dia pun takut untuk meminta pertolongan kerana kelihatan ganas dan moden, budak hip-hoplah mungkin (you know, seperti dalam iklan hari Deepavali Petronas-trend remaja India sekarang) tetapi kemudiannya terkesan dengan kebaikan mereka.

Itulah yang dipandang dari mata kasar selalu tidak sama dengan yang benar-benar secara realitinya. Saya tidak maksudkan semua yang nampak baik itu begini perangainya, di luar sana ramai yang nampak baik, nampak alim, nampak berpendidikan tinggi itu tidak begini. Mereka benar-benar bagus dan baik. Tapi dalam sesetengah situasi kita harus percaya kepada kenyataan ego dan hipokrasi itu ada di mana-mana dan kadangkala dalam keadaan terdesak (dalam kes saya waktu itu hujan sedang agak lebat) hipokrasi dan keegoan serta sikap mementingkan diri sendiri itu mampu menjelma tanpa disedari. Realitilah bukan hidup ini.

Sunday 14 February 2010

in counting

I'm counting for a thing that I'm not really sure dan sangat pelik menghadapi masa yang berlalu dengan pantas dengan selalu bersenam dalam cuaca dingin. Bukansyadid juga mengalami masamasa sukarnya. I've a friend, a friend that I never mentioned. Bukankah rakan yang selalu mensakitkan hati tidak harus dikenang begitu juga dengan saudara mara yang selalu beridea sumbang juga tidak perlu dijemput menghadiri majlis keramaian. Baiklah mahu keluar ke Hyde Park yang banyak anjing sekejap.

Saturday 13 February 2010

buang baby?meh aku hentak kepala kau dulu

Kebelakangan ni selalu sahaja ada kes buang bayi. Apalah nak jadi dengan dunia ni. Kesian baby tu. Baby tu tak berdosa weh. Nak marah pun tak larat dah (macamlah aku kenal siapa yang buang anak ni. Tapi kalau aku kenal memang dah kena libas dengan rotan dah makhluk gini). Banyak sangat kes buang anak ni. Cuba yang buang anak tu kalau dulu dia kena buang time dia baru lahir mesti sekarang dia tak buang baby tu. Tapi masa dia kena buang tu mesti jadi kes lah kan. Haishh. Aku marah ni pasal orang buang anak ni. Tak sanggup nak upload gambar tu kat sini. Sebab sedih sangat tengok baby tu. Menitis air mata aku baca paper online. Kesian baby tu mesti sakit semut masuk dalam hidung dia, masuk dalam mulut dia. Post mortem pulak cakap terdapatkesan hentakan pada mayat bayi tu. Ish. Meh sini mak yang tak layak jadi mak tu, aku nak hentak bagi rasa. Kau nak hentak baby tu apa kes, kau hentaklah 'bapak' baby tu time nak buat baby tu. Time nak buat baby tu kau takde pulak nak hentak bapak baby tu ke ape. Kau hentak baby tu,dia boleh lawan ke? Meh sini bagi kepala kau kat aku biar aku hentak bagi pecah. Kalau kau taknak bagi oranglah. Kat luar tu ramai orang nak anak tau, nak baby. Ayah aku yang dah ada anak 8, ada cucu pun kecik tapak tangan buaian elektronik Najwa dia tadahkan kalau orang nak bagi ayah dengan mama aku baby. Ni kau buang meratarata ingat kertas tisu ke apa?

Buang tu orang guna untuk sampah tau. Buang sampah, bukan buang baby. Baby manusia pulak tu, ada nyawa. NYAWA. Baby kucing pun orang tak sanggup nak tinggal, angkat jugak letak tempat selamat kalau dah terkiakkiak nangis dalam hujan. Kucing pun tak buang anak tau. Ni yang buang baby ni manusia ke binatang ke entahlah. Kawan aku posting doktor kat HKL cakap,single mother yang early aged mengandung anak without marrying knot inilah manusia tak tahu malu. Ada yang menurut kata nurse senior dah kali kedua datang nak beranak, dah anak kedua maksudnya tapi tak nikah lagi. Lepas tu ustaz datang nak bagi kaunseling amboi elok tersengihsengih muka tak malu. Haih. Meh sini aku nak hentak kepala makhluk macam ni. Siapa rasa nak buang baby tu meh sini bagi kepala kat aku biar aku hentak dulu.

Aku rasa mesti budak yang buang baby tu sekarang tengah takut gundah gulana tak tenteram. Ingat, kat dunia kalau orang tak berjaya jejak kau pun, kat akhirat Allah ada. Apa yang kau buat ni ada balasannya.

Monday 8 February 2010

London on my passionate

When it is too cool outside, then you need a thick blanket along with a mixer. Why mixer? Because the cake is going to obey the quite handicapped baker's passionate. The baker that shivering all over the time and hiding under the blanket but still wanna bake a cake. And don't take the sentence wrong. Because it is a passsionate to really do something in a house while you are shivering. And it is a mood for cake baking.

Sunday 7 February 2010

Oh well it's raining again

Semalam sangat panas. Dan hari ini sejuk kembali.
Sebab saya rasa kurang selesa tetapi saya tidak mahu merungut.
Panas atau sejuk dari Allah jua datangnya.
Ok dah hujan semula.
Saya pergi angkat kain sebentar.

Saturday 6 February 2010

London from the side of mine

London from my window when snow was everywhere and I was frozen.

Friday 5 February 2010

I will someday.Don't worry

This blog disturbed me at all. Since I've no time to refurnish myself with all the student's need and behavior. I'm going to be a student again and begging myself to be standardise in a student limitation. I'm not the researcher of BP anymore and I left Dubai with a huge of multiple feeling. But I will someday forget about this. I'm just a young woman in which my standard is really in a student level. No worry at all for I've been on this scene when I tried to live a life as a researcher instead of an engineering student. Now it happens again, but thing switch opponently. All I need to do is a self compliance. Yes self compliance insya Allah.