Monday, 8 March 2010

Anak yang cerdik dengan Pakcik Bahlul

Usrah kelmarin punya kisah. Mesti ramai tahu cerita ini, saya pun pernah dengar masa kecil lagi. Tapi mari refresh semula. Ambil ikhtibar dari kisah ini.

Pada satu hari Bahlul R.A sedang berjalan-jalan di kota Basrah dan terserempak dengan sekumpulan budak-budak sedang asyik bermain-main. Di antara sekian ramai budak itu hanya ada seorang budak yang tidak ikut bermain.Dia hanya melihat saja sambil menangis. Bahlul mengagak budak tersebut menangis kerana tidak mempunyai mainan seperti teman-teman yang lain.Lalu Bahlul mendekati budak itu untuk memujuknya agar jangan menangis.

"Wahai anakku,mengapa engkau menangis? Tak baiklah menangis macam ini.Biar pakcik belikan mainan seperti itu,nanti engkau boleh bermain seperti mereka", kata Bahlul.

Budak itu berhenti menangis sebentar kemudian memandang wajah Bahlul dan berkata "Wahai pakcik yang cetek akal.Apakah kita ini diciptakan oleh Allah untuk bermain-main?"

"Mengapa engkau berkata begitu? Apakah engkau tahu untuk apa kita diciptakan?" tanya Bahlul.

"Ya tahu.Untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah", kata budak kecil tersebut.

Bahlul sangat terperanjat mendengar jawapan itu,tidak sangka budak sekecil itu punyai wawasan yang jitu.

"Semoga Allah memberkatimu.Dari mana engkau tahu tentang itu ?" tanya Bahlul lagi.

Budak itu menerangkan bahawa dia mengetahui perkara itu dari firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Mukminun ayat 115 yang bermaksud " Apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? "

"Wah ...kalau begitu engkau ini seorang hukamak. Sila berilah aku nasihat!" kata Bahlul setelah mengetahui kecerdasan budak itu.

Budak kecil itu lalu bersyair yang berisikan nasihat tentang dunia dan kerugian orang yang menjadikannya sebagai matlamat hidup. Setelah itu dia memekik kuat sehingga rebah ke tanah dan pengsan di situ.

Bahlul segera mengangkat kepalanya dan diletakkannya di ribaannya. Debu-debu yang terdapat di kepala dan wajahnya dilap sehingga bersih.Sebentar kemudian dia sedar dari pengsannya.

"Wahai anakku,mengapa sampai begini rupa? Engkau masih kecil dan belum mempunyai sebarang dosa", kata Bahlul.

"Pergilah engkau daripadaku. Wahai Bahlul,aku telah melihat ibuku menyalakan api didapur untuk memasak dengan memakai kayu-kayu yang besar. Akan tetapi api tidak mahu membakar sehingga diumpan dengan kayu-kayu kecil terlebih dahulu. Dari pengalaman itu aku merasa takut kalau aku dijadikan kayu kecil di neraka jahannam".

Sekali lagi Bahlul terpinga-pinga akan kepandaian budak itu,semua kata-kata dan hujahnya bernas dan masuk akal.Kerana nasihat si kecil itu hati Bahlul tergugat dan rasa takutnya kepada Allah memuncak lalu dia pun pengsan di situ juga. Dalam keadaan demikian budak tadi beredar dari tempat itu.

Apabila Bahlul sedar dari pengsannya dia segera melihat pada kumpulan budak-budak yang sedang bermain-main tapi budak cerdas yang satu itu sudah tiada di antara mereka.

"Siapa gerangan budak tadi itu ?" tanya Bahlul kepada budak-budak yang ada di situ.

"Apakah pakcik tidak kenal dia?"

"Tidak aku tidak kenal''.

"Dia itu dari keturunan Husain bin Ali bin Abi Talib R.A", jawab mereka.

Bahlul terkejut apabila mengetahui bahawa budak itu sebenarnya adalah keturunan Rasulullah S.A.W

Kalau begitu patutlah benihnya memang dari pokok yang baik,maka tumbuh dan berbuah yang baik pula", kata Bahlul pada dirinya.

Sunday, 7 March 2010

words of care > Dua jalan


"Spread the knowledge because we care and love Islam"
    Itu moto usrah kami. Ini dari handout usrah semalam.
    Firman Allah SWT maksudnya,“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan)”.
    (Al-Balad, 10)
    “Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)”.
    (Al-Qiyamah, 36)
    Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmah kejadiannya.
    Firman Allah SWT maksudnya,“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya”.
    (Al-Mu’minun, 115-116)
    Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya.Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya.
    Firman Allah SWT maksudnya,“Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu”.
    (Az-Zaariyat, 50-51)
    Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya,atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, samada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya.
    Firman Allah SWT maksudnya,"Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya".“Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman,sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka:"Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya”,
    (As-Sajadah,18-20)
    “Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (Al-Qalam, 35-36)
    “Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang- akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”.
    (Yunus, 102-103)
    Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT: maksudnya,“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui”.
    (Yusuf, 21)
    Firman Allah SWT dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermaksud), “Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai(mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindunganKu, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya”.
    (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

In a certain time of awaken

most adorable person ever
offering love for the lover
never force to hide the tears
every moment for sincere
never a regret of being with her
a big longing when aren't together
give a life as everyone should wonder


If only I can
if it's really worth all your kindness
I'm here offering my heart to be your slave.
Really love you MAMA.

The cakes updated

Growing older. Alhamdulillah. Numbers on cakes keep updated from year to year.

6th January

25th February

6th January

Peringatan Imam Al-Ghazali

Macam biasa dari usrah lagi. Walaupun masuk dah separuh sebab baru habis kelas.

Kehidupan kita seharian memang tidak dapat dipisahkan dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dariImam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.

1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka bumi.

2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.

Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.

Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?

Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan."

Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya', carilah di sana, rajinkan diri mencari ilmu, bukan menunggu ilmu datang kepada kita.

Well done sis


My two little twin sisters, Ati and Ika are now entering their final lap of PLKN session in which I'm pretty sure that they're eagerly waiting for the end. And SPM result releasing is just around the corner. I pray for the best of them, and really hope they will be happy and gratefully accepting their result, whatever way they get it. I am gonna lend my hands for them after this quite a long time, may be they can stay with me at London, pursuading study here. But after all it turns to my mum whether she allows it or not. On whatever decision they are going to make, I am here praying for the best for them as what actually a sister should. Again, well done sis.

Last breath


From those around I hear a cry
A muffled sob, a hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul must fly

A chilly wind begins to blow
Within my soul from head to toe
And then last breath escapes my lips
It's time to leave and I must go

So it is true but it's too late
They said each soul has its given date
When it must leave it's body's core
And meet with it's eternal fate

Allahurabbuna salimna

Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay

Come on my brother let's pray
Decide which now do not delay

I cannot see, my eyes are blind
Am I still me ?
Or has my soul been led astray ?
And forced to pay a priceless fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice while others burned
If only I knew
I knew it before
The line grew short
And came my turn

And now as beneath the sod
They lay me with my record flawed
They cry not knowing I cry worse
For they go home I face my God

Allahurabbi

Come on my brother, lets pray decide
Which now do not delay