Monday 22 February 2010

entry sampah untuk hari sampah

Sebenarnya entry ini tidaklah sesampah manapun. Saya menghadiri rubbish day anjuran fakulti. Mengutip sampah-sampah yang terdapat di sekeliling kampus sambil membuat pameran kitar semula. Dan melayan peminat yang mahu bergambar dengan ninja turtle ini. Tipu je. Saya tidak pernah bertukar menjadi ninja turtle pun. Cuma ada beberapa rakan universiti yang sebelum ini tidak pernah nampak saya berada di sekeliling alam kampus (sebelum ini di alam maya sahaja) telah terserempak dengan saya dan mengambil peluang untuk bergambar kenangan dengan ninja turtle ini sekali lagi saya tipu. Maksudnya dengan gadis desa ini. Desa waterparklah maksudnya. Maksudnya bergambar dengan wanita pelik yang memakai topeng. Bukan. Wanita berniqab. Itu yang paling tepat. Saya gembira dapat membantu mereka melampiaskan nafsu bergambar. Saya tahu mereka pelajar yang baik. Tiba-tiba je cerita tentang student attitude.

Awa sudah besar sekarang dan wajahnya mirip ninja turtle dan rambutnya boleh diikat seperti antena astro.Bila sudah besar sudah pandai menyorok di dalam almari pakaian dan menterujakan datuk dan nenek yang tercari-cari ke manakah perginya cucu yang nakal ini.