Wednesday 24 February 2010

Luahan hati seorang senior

USRAH mendewasakan? Saya rasa ada orang yang cuba mengajar saya menjadi berpuak-puak dan tidak adil melalui usrah. Tetapi sebagai seorang dewasa yang mampu berfikir, saya rumuskan orang seperti ini kurang betul dan cuba merosakkan nama baik orang-orang baik yang merindui usrah. Walaupun saya bukanlah seorang pengikut setia usrah, saya hanya mengikutinya apabila dijemput atau apabila terasa segan kerana banyak kali dijemput tidak juga datang-datang, tetapi ikhlasnya kehadiran orang yang cuba mewujudkan situasi kurang senang dalam kalangan perindu usrah itu adalah orang yang sedikit tempang hatinya. Mengapa menabur pasir kepada segolongan orang baik yang rindukan kebenaran hanya kerana kau terlampau inginkan penghormatan? Tidak elok begitu. Jika datang sekadar berniat mahu mengajak ahli usrah menjadi berpuak-puak, bukan dengan niat untuk mengutip ilmu, rasanya lebih baik jangan datang berhalaqoh, menyertai usrah. Baik duduk sahaja berkempen untuk penghormatan yang didambakan tu melalui medium lain. Ingat usrah bukanlah jalannya untuk mencari penghormatan mahupun untuk mengajak mata-mata lain yang memerhati melihat engkau sebagai orang kuat agama. Silap langkahlah andai beranggapan begitu.