Wednesday 22 July 2009

dalam atau luar?sama sahaja

Hari ni, seperti biasa pagi2 lagi sudah mengecek emel. Ada beberapa emel daripada kawan2. Tak ketinggalan jemputan walimah, dan updates2 dari social network yg diikuti. Firstly very sorry to Radziah (now Mrs Radziah) sebab tak dapat datang ke walimah kau. Jauh di sudut hati saya nak sangat datang meriahkan walimah Zie (insya Allah sekali seumur hidup) tapi apakan daya, saya jauh di rantau orang (huhu...). Tahniah sangat2lah kepada akhowat dan ikhwan yg dah pun melengkapkan sebahagian agama mereka, yakni dengan bernikah.

Ada 1 emel daripada seorang adik yg kini menuntut di UM Nilam Puri. Asasi sains dengan pengajian Islam. Adik ni, Wan Khalilah namanya, bertanya pendapat tentang belajar di mana lebih baik. Dalam atau luar negara?

Bagi sudut pandangan saya sebagai ex-UKM...

Hmm...payah juga nak jawab soalan tu. Tapi bila fikir...fikir...fikir....balik, pada pendapat saya sama saja di dalam atau luar negara pun. Akhirnya, bila sudah berjaya melengkapkan tempoh pengajian beserta jam2 kreditnya, akan tetap bergraduasi (bahasa kamus ni), dan dapat ijazah dalam bidang tersebut. Kalau gagal tetap kena repeat, ada masalah disiplin, kena buang. Pergi kuliah tetap kena pakai baju. Time tak ada duit, kena makan megi (ni saje tambah...)



CUMA...
Bezanya belajar di dalam dan luar negara ni

Budaya masyarakat setempat berbeza : Di Malaysia, Bangi (UKM) contohnya tiada pergaulan bebas. Ramai mata akan memandang, menegur dan berkata2 apabila ada mahasiswa 'jantan - betina' (agak kasar ni...) berpeleseran ke hulu ke hilir ber2, ikut balik ke rumah sewa (ni memang nahaslah, kena tangkap khalwat kekgi). Tapi kalau di luar negara (di negara2 Eropah- eg: UK) ada kes mahasiswa kita tinggal serumah sebab tak ada orang nak marah.

Kalau belajar di luar negara, tak ada lagi konsert2 nasyid sempena maulidur rasul, atau konsert nasyid amal untuk Palestin kalau di UKM konsert MANIS (terima kasih ISIUKM, buat konsert ni setiap tahun)


Kalau di UUM konsert Haruman Firdausi...di luar negara cuma ada Malaysian Night atau pun perjumpaan anak2 Malaysia di Malaysian Hall. Adalah sikit konsert2 amatur tu.

Nilai mata wang pun berbeza. 1 pound sterling- RM5.50...makan roti kosong jelah kalau duit scholar habis. Tapi kalau di Malaysia, ada RM100, masih kira besar (bagi seorang mahasiswa yg pandai berjimat) RM15 pun cukup lagi untuk makan seminggu. Agak2 duit dah habis, kalau loan atau scholar belum masuk, call je mak ayah suruh masuk duit (jangan buat macam ni, kesian mak ayah-gunakanlah wang PTPTN atau biasiswa anda dengan baik).





Pakaian kalau di Malaysia pakaian boleh main hentam, di luar negara lagilah hentam je. Ada student di Malaysia pakai tudung sampai sana, tudung entah ke mana, baju macam2 ada. Tapi bezanya di Malaysia, takut sikit, maklumlah orang Melayu masih bersifat kemelayuan, pakai seksa2 sangat kena hentam dengan PMI, atau badan dakwah, tak pun kena tindakan tatatertib, paling2 kena halau dengan pak guard.

Apapun sebenarnya, kalau datang, niat seikhlas hati nak belajar tak ada masalah. Pandai2 kawal diri, ingat Allah, jaga maruah, ingat mak ayah. Pandai berjimat (ni penting juga). Belajar di mana2 pun sama. Mungkin tempat tu tak samalah, situasi dan suasana lagi, cara pengajaran dan pembelajaran pun sedikit berbeza, kawan2. Apa lagi ekh. Pendek kata ada yg sama, ada tak sama. Cuma pandai2 kita nak menyesuaikan diri.

Hmm...satu lagi, kalau belajar di Malaysia, time2 rindu nak balik ke rumah, nak tengok emak, adik2, cakap rindu hari Khamis, hari Jumaat, beli tiket bas dah boleh balik. Tiket KL- Melaka baru RM11.40, KL (Hentian Putra)-K. Terengganu (RM38), Hentian Kajang- K.Terengganu RM40. Tapi kalau kat luar negara, cakap rindu bulan 3 bulan 7 belum tentu dapat balik, tahun depan baru boleh balik (silap2 habis belajar baru dapat balik...huhu...)Nak balik bukan mudah, kena tempah tiket flight, tiket pulak---adusss mahalnya...RM 2000 ke atas dah tentu.






Ekh, Ila, akak ni lari tajuk ekh?Haha...tapi takpelah. Sebab dah penat menaip, akak post juga. Nanti soalan Ila akak jawab guna emel or sms k. Akak tak sentuh langsung pasal bandingkan antara Malaysia dengan Mesir (hehe...sorry), duk compare dengan UK pulak (karangan terpesong :p). No hal, akak ada semua tu, Malaysia pernah di UKM, Mesir pernah, UK pun pernah. Nanti akak jawab!!



renung2kan...dan selamat beramal (ceh...)