Sunday 19 July 2009

PASAR SENI~~~I'm thinking of happy and our ukhwah


I am stood and stare.

Tengok gambar2 dgn adik2 masa ayah bawa kami jalan2 di central market awal tahun hari tu. Saya cuti time tu. Pergi walimah saudara di Keramat. Langsung ke CM, jalan2. Adik yg bongsu nak sangat jalan2 dinung (dlm pelat T'ganu walaupun saya dgn family duk Melaka sekarang..hehe...)

Pagi2 lagi kami dah naik kereta ke KL. Ayah drive. Biasalah sepanjang perjalanan, saya dgn adik2, sekejap gaduh, sekejap berbaik, sekejap tergelak, lepas tu merajuk. Saya kuranglah (dah besar...hehe)adik2 yg kembar bawah saya tu, Ati, Ika dgn Danny. Hmm...aku rasa tak gaduh, tapi yg Danny nakal sikit, suka usik kakak2 dia.

Hmmm...tapi bukan CM kat depan bus stand Klang tu yang saya nak cerita ni. Walaupun CM tu dalam bahasa melayu panggil pasar seni juga, tapi la ni saya teringat zaman belajar dulu, kelas kami (Fizikal & Hayat) anjurkan Malam Pasar Seni kami sendiri. Untuk kutip dana for graduation dinner (dinner class off). Hehe...Memang teruja sangat masa tu. Tak sangka idea kami yg mule2 nampak mcm main2, akhirnye jadi kenyataan. Banyak jugalah fulusss masuk. Yang bestnye, ehem...cuci matalah kan. Tengok budak2 course lain (saya tak cakap gitu, kawan yg solo lagi time tu yg cakap...hehe...)


Tapi letihlah jugak. Malam tu, balik hostel, masing2 tido tak ingat. Maklumlah, esok tu Jumaat, so kelas mula lambat. Saya and kawan2 pun meniagalah malam tu. 2 malam kami buat, Khamis malam Jumaat, 2 minggu berturut2. Pasal pemilihan hari ni pun, jadi isu jugaklahkan. Khamis malam Jumaat. Ada kawan2 yg budak masjid, nak pergi masjid. Ada yg dah 'kahwin'-adusss. Susah nak cakaplah. Tapi alhamdulillah. Lepas 3-4 kali meeting, semua faham, dan kehadiran dari budak2 kelas malam tu memang tip toplah. 95% datang.





Hmmm...pasal meniaga, malam tu memang duk cari duitlahkan. Ada grup yg jual T-shirt,


printing, banner, kad, edit gambar, repair laptop (rumah budak2 lelaki), ada yg jual minyak wangi (rumah 15), jual makanan,buah-buahan


rumah sayalah tu. Hehe...Banyak jugalah laku. Maklumlah awek2 ayu yg bisnes (ehem...ehem...).


Yang tak bleh blah sekali, ada juga karaoke (ini yg paling laris sekali). Rupanya ramai juga budak2 dalam kampus ni yg suara2 mantapkan. Hehe...Yg nyanyi lagu nasyid, lagu jiwang meleleh semua ada.

Memang seronok sangat masa tu. Kami serumah boleh jd rapat, manja dan saling bekerjasama.

(ni gambar ahli rumah saya~rumah 20)
~dari kiri : Mira, Cici, Biha, Farah, Suehaida~

Apa pun, memang bestlah bila teringat balik. Lepas2 grad ni. Huhu...Walaupun penat, tapi kelakar pun ada. Macam2 ragam. I think I gonna miss that time again and again...