Thursday 9 July 2009

perjanjian, meja rundingan, deklarasi...sebenarnya penipuan barat ke atas umat Islam

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa pihak barat telah banyak menandatangani perjanjian dengan negara islam mahupun negara lain disepanjang penjajahan mereka. Jika kita selidik kebanyakan menguntungkan barat dan mangsanya adalah umat islam yang menjadi bahan permainan mereka secara senyap dan senjata jika umat islam melawannya atas tangan kita sendiri yang tidak berfikir kerana hawa nafsu.

Perjanjian antarabangsa yang dipaksa keatas umat islam umpamanya perjanjian Sykes-Pcot(16 May 1916) diantara British dan Perancis betapa wilayah dikuasai dengan mudah.Perpecahan inilah yang telah memudahkan mereka menghancurkan kaun muslimin seterusnya melenyapkan Daulah Khilafah pada 3Mac 1924.Semenjak kejatuhan Khilafah,banyak perjanjian yang telah merugikan umat islam khususnya dan merampas hak umat islam dan kita hanya buta dan bisu kerana kelemahan kita dalam kesatuan umat islam akibat sikap mementingkan diri sendiri.

Perjanjian damai diantara Palestin dan Israel yang ditaja Amerika telah memaksa umat islam sedangkan mereka sebenarnya adalah perampas yang kejam.
Inilah tanda dimana kekuasaan barat sampai ke kemuncak dan umat islam tertindas, maka dan terjadinya akhir zaman dimana dajjal memerintah dunia hasil inspirasi barat(sila ambil amaran).
Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear(NPT)yang menghalang pembangunan nuclear awam secara aman kerana barat tidak mahu umat islam menguasainya dan saya percaya Malaysia akan ditekan sama seperti Iran jika ingin membangunkan atas nama negara islam.
Perjanjian AFTA yang memberi peluang kepada syarikat asing mengeksport produk mereka tanpa halangan dan ini dapat dilihat antara Malaysia dan Amerika dan akhirnya gagal mencapai kata putus sehingga dibawa ke kongres. Mereka akan tetap menekan Malaysia suatu masa sehingga lemah, masa yang menentukannya.

Dalam forum Ekonomi Getah Nangka di Gombak pada 2 April 2006,Sanya Reid Smith,penasihat undang-undang di Third World Network menjelaskan bahawa kedudukan kerajaan Malaysia dasar industri dan pelaburan dan banyak pelaburan terpaksa dirombak untuk mematuhi kehendak Amerika sebagai syarat rundingan.
Banyak perjanjian dibuat mengatasnamakan usaha untuk “memerangi pengganas” sebenarnya “memerangi Islam” secara sistematik sedangkan kita sendiri dapat mengesan dan penipuan ini dan sedia maklum mengenainya, seperti Perjanjian Amerika dengan Turki, Arab Saudi, Qatar dan Kuwait agar mereka menyediakan pangkalan bagi Amerika untuk menyerang Iraq.

Pemimpin Islam menjadi boneka barat tanpa rasa bersalah.


Mereka telah membantu musuh Allah mengalirkan darah saudara mereka sendiri. Darah dimana Rasullah s.a.w perintahkan untuk dijaga. Wahai kaum muslimin yang dimuliakan, adakah kita perlu berdiam diri dengan apa yang berku pada saudara kita????Adakah Rasulallah s.a.w memerintahkan kita berpeluk tubuh memerhatikan keadaan umat islam????atau bekerjasama dengan kaum kafir untuk menghancurkan islam.

Allah SWT yang menciptakan kita mengingatkan:
“Adakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kufur dengan sebahagian (yang lain).Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan diHari Kiamat (kelak)mereka akan dimasukkan kedalam azab yang keras dan Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (AL-BAQARAH:85)

Ingatlah wahai kaum muslimin!!! Bahawa sesiapa sahaja yang mengucap La ilahaillallah wajib menyembah Allah yang satu, beriman kepada nabi yang satu, membaca kitab al-quran yang satu, solat mengadap kiblat yang satu dan bernaung di bawah satu kesatuan islam yang satu.
AMARAN KEPADA KAUM MUSLIMIN
‘‘Adalah satu kesilapan besar jika negara seperti Iran dibiarkan menjadi kuasa nuklear tetapi kesemua masalah masih boleh diselesaikan di meja rundingan,’’ menurut Presiden Amerika George W. Bush pada sidang akhbar yang turut dihadiri Perdana Menteri John Howard di sini hari ini.
Akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel melaporkan, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.(Inilah kemuncak kejatuhan sebenar kekuasaan islam jika Iran diserang dan jika ini berlaku mereka akan mengawal segala-galanya dan Malaysia tidak akan terlepas dari genggaman mereka dan ini telah dijanjikan didalam Al-Quran dimana umat islam akan tunduk kepada barat(DAJAL KECIL)sebelum datangnya DAJAL sebenar yang memerintah dunia.


Bangunlah wahai pemimpin dan umat islam sedunia diakhir zaman ini sebelum kamu ditanya di akhirat nanti.