Thursday 23 July 2009

ibu, umi, mama, emak, mummy bekerjaya?

Topik yg nampak penting sekarang ni. Kenapa? Sebab ramai wanita zaman sekarang ni, tak ketinggalan anak2 gadis yg berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, memasuki universiti. Malahan jumlahnya dikatakan lebih ramai daripada lelaki. 70:30.
klik sini:
Pengalaman saya, mama berkerjaya. Tapi adik beradik saya ramai. 8 orang. Alhamdulillah, adik beradik saya semua setakat ni, dah memasuki IPTA dan U luar negara(dah grad, dah bekerja, ada yg belum lagi, masih sekolah rendah dan menengah--insya Allah, coming soon).

Rutin kesibukan mama bermula sebelum subuh lagi. Pagi2 sebelum pergi kerja, mama akan siapkan makanan dulu, untuk sarapan dan makan tengah hari. Pukul 5 pagi dah kelentang kelentung bunyi kuali. Lepas tu solat. Lepas tu mama siapkan kami adik beradik nak pergi sekolah. Dibantu oleh kakak2 yg masa tu dah besar2 sikit dan mula faham. Tapi kerenah macam2lah. Ada yg tak mahu mandi, ada yg bergaduh rebut stokin ada yg tak sabar2 nak makan. Dalam pada kalut2, ada pula yg menyakat adik2 (biasanya saya dengan abang yg atas tu). Semuanya mama hadapi dengan tenang (kadang2 mama marah, biasalah, hilang sabar sikit). Ayah pula kalut mandikan adik2 yg kembar. Time tu lah kakak2 iron baju, cari tudung (baju sekolah terbakar jangan cakaplah, sokmo dah terjadi). Yg paling tak boleh blah (dan selalu terjadi walaupun mama kerap berleter) adalah kes kehilangan lencana sekolah. Time tu lencana tak jahit, ada gam belakang tu, bila iron, dia melekat. Tapi bila basuh tertanggal balik. Memang kes ni keraplah terjadi. Yg lelaki, abang saya, kes hilang tali leher (sampai sekarang dah masuk U pun tali leher dengan stokin dia memang kerap betul hilang). Tapi kes hilang tali leher ni bukan berhenti setakat tu je, bila adik yg bongsu tu masuk sekolah, tali leher dia pula hilang (ni memang sumpahan kot...hehe...-kalau jumpalah siapa pengasas idea budak2 sekolah kena pakai tali leher ni, saya jerut leher dia dengan tali rafia-nyusahkan orang je).

Balik sekolah, kakak2 akan siapkan makanan yg mama dah masak pagi tu, panaskan, masak nasi. Makanlah kami adik beradik. Kejap lagi tu, mama akan telefon, tanya adik2 semua ok ke, semua dah balik sekolah, dah makan, adik dah mandi?Dah pergi kelas fardhu ain ke belum? Dah pergi mengaji kat Pakcik Hussein ke belum? Saya dah pergi kelas tahfiz ke? Ni memang rutin mama setiap hari.

Petang, mama dengan ayah balik kerja, dalam pada penat kerja belum habis lagi, mama akan curi masa memasak untuk makan malam, solat, kadang2 buka puasa dengan anak2 dara dia yg ganti puasa. Ayah pula ambil waktu ajar kami buat kerja sekolah. Kakak2 pun. Saya ambil waktu menyakat (hehe...).Sambil memasak mama akan basuh kain baju. Siap memasak, lepas makan mama akan lipat kain baju yg dah kering. Dah malam betul2, dalam pukul 10 baru mama ada masa, tengok tv. Time nilah kami nak bercerita. Adik beradik saya memang jenis tak reti tidur awal. Dalam pukul 12 baru nak tidur (kurang disiplin bab ni).

Sekarang bila kami dah besar, barulah nampak mama rileks. Mama pun dah ambil bersara opsyen, VSS. Mama dah ada masa nak tanam pokok bunga, kemas dan hias rumah ikut cita rasa dia. Anak2 pun dah besar, pandai berdikari. Mama ada masa main dengan cucu dia yg baru seorang tu (mama tak mahu jaga cucu, dia nak main2 je dengan cucu dia, mungkin sebab kami kecik2 dulu mama dah jenuh jaga kami).

Tapi apa pun, yg paling saya terharu ialah sokongan ayah pada mama. Ayah seorang yg sangat bertolak ansur dan pandai menjiwai mama. Seumur hidup saya, dari kali pertama nampak ayah dengan mama, ayah sentiasa manjakan mama, sampai sekarang.
Apapun, mama rock us at all! (phrase ganas manalah aku guna ni). Kak Farah sayang mama, mama, mama dengan ayah. Kakak2 pun, abang boboy pun, adik2 pun. Semua sayang mama dengan ayah. Ayah dengan mama insan yg paling banyak berkorban dan berbakti pada kami semua. Yang melahir, membesar dan mendidik kami semua, sehingga kami jadi seperti apa yg kami jadi hari ni, alhamdulillah. Semoga kasih sayang kita semua berkekalan dunia akhirat.
Insya Allah

Para ibu bekerjaya, perlu pandai menyeimbangkan masa dan berkorban tenaga, doa dan air mata untuk suami dan anak2. Suami2 pula harus memberi sokongan dan memahami isteri, tanggungjawab isteri di rumah dan di luar rumah sebagai seorang wanita bekerjaya. Selagi pekerjaan itu halal, dan isteri mendapat keizinan suami untuk bekerja maka sangat penting untuk suami memahami tugas dan tanggungjawab isteri. Isteri tu pula sendiri mau ingatlah, apa yg harus diutamakan, suami, anak2. Jangan sampai jadi 'workaholic', suami dan anak2 di rumah terabai.

Tapi kerja di pelantar minyak?Hmmm...tanya pada yg ariflah. Saya belum jumpa jawapan lagi untuk persoalan ni. Walaupun pernah merasai pengalaman tu :p... Mungkin kurang sesuai, kerja jauh2 di tengah laut, tinggal anak2 dengan suami. Tapi bergantung pada orang jugakan. Macam saya, tak sangatlah agaknya (kesesuaian tu).
Semuanya bergantung pada kemahuan, dan sejauh mana kebijaksanaan untuk men'adapt'kan diri dengan persekitaran pekerjaan dan kesedaran pada tanggungjawab sebagai isteri, ibu, umi, mama, emak, mummy and so on. Insya Allah jika niat ikhlas, segalanya akan mudah. Pastikan mendapat keizinan daripada suami.