Wednesday 13 January 2010

list of places to settle down

1. Nibong Tebal-Sebab AbuHannaan suka duduk sini,sangat dekat dengan family AbuHannan, hari-hari balik kerja boleh makan masakan ibu mertua dan saya nak kerja sini sebab macam best

2. Bangi-I have peace here.Sebab UKM ada kat sini. Sangat tenang dan nampak macam bandar akademik. Jangan fikirkan apa maksud akademik tersebut.

3. Kemaman-Tempat paling comel sebab saya suka kalau dia comel.

4. Kuala Terengganu-Logik saya lahir dinung.

5. Melaka-Saya membesar di sini, kira logik dekat dengan keluarga.

6. Seksyen 13,Shah Alam-Tempat ni pun tenang dan nampak macam best sebab nampak macam akademik, tak perlu tolong fikirkan apa maksud akademik tu dari persepsi saya sebab saya sahaja yang tahu apakah maksudnya.

7. Temerloh-Kampung mama saya.Rasa macam best sahaja sebab bandar dia lengang lepas pukul 9 malam dan setiap hari ahad ada pekan sehari yang best dan besar, dan macam-macam ada boleh beli macam-macam habiskan duit belanja sekolah dan belanja dapur yang suami bagi.

8. Westminster, London- Speechless.Jap saya fikir--ok time winter boleh main salji.Kesian dia kena duduk sini sampai 2014 :(

9. Kaherah- Ok nak pergi pakai tudung sekejap sebab nak ikut AbuHannaan pergi kelas kat masjid.

10. Kluang- Tiba-tiba lepas hantar adik pergi PLKN kat sini rasa macam minat jatuh hati dan tangga cinta.Tapi tak sangat mungkin terlalu jauh untuk pergi membeli-belah dan pekannya kecik sahaja.

11. Taman Tiong Nam/ Menara Putra- AbuHannaan cakap saya suka lepak sini.Tapi memang pun.

12. Ipoh- Sebenarnya suka tengok permandangan bukit batu sekeliling highway plus tu je sampai rasa macam nak tinggal menetap situ nak tengok pemandangan bukit batu dengan pakej tokong-tokong dalam gua setiap hari.

13. Bandar Baru Salak Tinggi-Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat jatuh basikal pada usia 18 tahun sampai berdarah kepala lutut.

This list is according to where I wanna be next, not where I suppose to be next. Therefore maybe someday I'll choose only one from them. Yang pasti itu Westminster rumah sudah kubayarkan depositnya dan akan kuhuni sehingga tahun 2014 (kalau tak ada problem dengan landlord) .Sangat kejam kenyataan seperti ini...huhu