Wednesday 20 January 2010

Tak baik tau you mencarut...kesian I kena dengar you mencarut!

Ini cerita hari Isnin lepas, episod penyamaran yang mencairkan sepasang telinga dan membuang masa selama 6 minit setengah.

"Bull****", kata lelaki tersebut.
Saya tertoleh-toleh ke belakang sejurus keluar dari pejabat pos siang tadi.Suara parau lelaki menyumpah seranah jelas di pendengaran.

Kurang 10 meter di hadapan, saya nampak seorang lelaki berdiri di sisi sebuah kereta kancil model lama. Sungguh comel sang kancil tersebut tapi tuannya (barangkali) kurang comel sebab baru sahaja menyebut perkataan yang kurang comel juga. Saya tidak jadi melangkah ke NazaCitra warna oren yang setia menanti di hadapan. Rasa hati sangat kuat ingin mem'badansibuk' (ambil perhatian bukan selalu ok.baru kali ni rasa seperti itu muncul kerana pembawaan budak yang tak ada kaitan dengan ulser usus pun Ya Allah merepek jenis apakah ini) untuk tahu apa kenakah brother tersebut mencarut-carut di tengah hari buta yang panas terik tersebut. Bukankah makan cendol adalah lebih nikmat daripada menyantap kata-kata carutan di waktu matahari sedang tegak di atas kepala pada pukul 12 tengah hari (ini adalah sebuah pendapat peribadi).

Saya pun melangkah dengan cara yang paling cermat. Pura-pura mahu membeli goreng pisang sedangkan makcik goreng pisang baru nak buka pintu van nak mula berniaga. Sungguh niat jahat terserlah. Brother mencarut masih tidak berhenti menikmati santapannya.

Sekali....
Ceh...Buang masa I je dengar brother itu mencarut tidak tentu hala panas-panas begitu. Setakat tahi burung jatuh atas cermin depan kereta baik tak payah mencarut. Buang masa ok. Wasting my time je pergi men'spy' you. Ingatkan pergaduhan mafia ke, yakuza ke nak mencarut bagai. Rupanya tahi burung setepek je jatuh atas cermin kereta. Sudahlah begitu, tak reti beza pulak bird**** dengan bull****. Ke buta warna tak reti beza putih dengan hijau. Ish...ish...I pun tak fahamlah bro mencarut tersebut. Tak brutal lah bro, baru tahi burung setepek jatuh atas cermin kereta nak mengamuk berambat. Lain kali ketuk je dengan kayu hoki kasi pecah cermin kereta tu. Nak mengamuk tak pasal apa hal kan? Burung tu dah lari. Marahlah kat cermin kereta tu, kenapa biarkan burung tersebut berak di atas diri beliau?Kan...kan... Kesianlah you bro. Tapi lagi kesian kat I. Membazir masa I je 6 minit pergi mengintip you. Tak baik tau mencarut. Kesian orang-orang kiri kanan kena dengar you mencarut. Dahlah hari Isnin. Buatnya ada orang puasa sunat Isnin. Kurus pahala puasa beliau dengar you mencarut. Lepastu ada pulak ibu mengandung terdengar you mencarut. Kesian anak dalam kandungan beliau belum lahir lagi dah dengar benda-benda mencarut tersebut. Baik you pergi baca Quran sekarang bagi hilang marah tersebut. Sekarang. I kata sekarang. Go now!