Friday 22 January 2010

Tanda anak mengasihi ibunya

1) Bayi anda yang baru lahir merenung ke dalam mata anda - dia sebenarnya sedang cuba mengingati wajah anda. Memang dia belum faham tentang apa jua perkara namun naluri bayi memang mengetahui bahawa ibu adalah orang yang penting baginya.

2) Ketika usia anak anda dalam 8-12 bulan, dia akan mengamuk jika anda meninggalkannya dan akan tersenyum bila anda kembali kepadanya.

3) Apabila anak mula memukul dan menjerit, ini tidak bermakna dia tidak menyayangi anda. Sebab apa dikata begitu, kerana dia tidak akan menunjukkan perangai sebenarnya jika dia tidak mempercayai anda.

4) Apabila anak anda akan berlari kepada anda apabila dia mengalami kesedihan atau terjatuh. Memang pada usia bayi mereka tidak mampu meluahkan dengan perkataan namun setiap reaksi diluahkan melalui kata-kata.

5) Anak anda yang memasuki sekolah tadika membawa pulang bunga yang dipetiknya dari taman atau mungkin juga hadiah yang dibuatnya sendiri di sekolah.

6) Apabila anak anda mahukan kebenaran dari anda untuk setiap perkara yang mahu dilakukannya. Contohnya dia rajin menolong dan apabila dia berjaya membuat sesuatu perkara dia mahukan anda memberikan pujian yang menyenangkan hatinya.

Sumber :Mega - Khamis, 21 Januari 2010