Sunday 17 January 2010

Satu dunia tahu mulut kamu pedas...

Saya tidak pernah menonton rancangan American Idol dan yang sewaktu dengannya. Entahlah mungkin kerana asbab tidak berminat langsung dan juga kerana keterbatasan waktu. Maklumlah saya ini seorang guru mengaji Al Quran yang sibuk selalu (bukan pekerjaan sebenar...haha). Namun begitu beberapa tahun dahulu, saya pernah dipengaruhi oleh seorang rakan untuk menonton salah satu episod ulangan rancangan kurang bijak, Akademi Fantasia. Dalam rancangan itu, bukan rasa terhibur yang saya dapat, bahkan rasa simpati kepada para peserta dan juga kepada pengkritiknya.Seperti menonton rancangan Bersamamu dan Jejak Kasih pula rasanya. Bukan apa, kasihan melihat si peserta, sudahlah bakat suam-suam kuku sahaja yang termampu untuk dipertaruhkan, kemudian terpaksa terkebil-kebil pula di atas pentas, seorang diri ditempelak oleh pengkritik yang panas baran (kebetulan pada episod itu pengkritik jemputannya memang terkenal bermulut pedas). Simpati saya juga melimpah buat si pengkritik. Mana tidaknya, seluruh negara sudah tahu kamu itu panas baran. Tidak manis langsung perangai buruk itu tersebar ke seluruh negara. Bukankah lebih elok andai dikunci rapat-rapat tabiat buruk sedemikian rupa? Cubalah berakhlak baik di hadapan manusia. Bukan hipokrit, tapikan kita dituntut supaya berlaku baik sesama manusia. Saya terfikir, elokkah begitu, memaki hamun di hadapan orang ramai. Yang dimaki hamun pun satu hal, sedapkah kena maki hamun depan orang? Malu aih!!Tapi kalau tahu malu kenapa buang masa masuk pertandingan begitu? Bukankah saya (penulis blog ini) , kamu si peserta dan kamu si pengkritik sama-sama manusia. Jadi kita bertindak sebagai manusia dengan berbuat baik sesama kita. Mengapa mahu jadi seperti sarkis sahaja. Tak maniskan?Ish...ish..

Saya quote sedikit rencana di dalam Mingguan Malaysia hari ini, tentang Simon Cowell, pengkritik tetap American Idol yang telah membuat pengumuman akan berundur selepas musim ini. Bukan pengundurannya yang saya sesalkan, tapi sebaris ayat terakhir ini yang menarik perhatian saya. Rasa kelakar waktu membacanya.

"Tidak payah tiru Simon Cowell. Orang menyampah pun. Dia ada harta beratus-ratus juta dolar. Kita?"

baca lanjut di sini