Monday 8 March 2010

Never been to Harrods. Alhamdulillah

Ever heard about Harrods? Harrods adalah sebuah pusat perdagangan dan membeli belah mewah terkemuka di London. Yang sangat-sangat terkemuka, terletak di Knightsbridge. Sangat mewah sampai kalau termasuk dalam tu boleh pening-pening lalat dilimpahi cahaya kemewahan. Kalau di Malaysia ni lebih kurang Pavillion agaknya (saya tak pernah pergi Pavillion pun), tapi Harrods mungkin 2 atau 3 kali lebih mewah. Macam Mid Valley dengan Times Square tu kira dah jauh sikit tertinggal berbanding Harrods.

Saya? Tak pernah ke sana. Tapi pernah terlintas untuk ke sana. Niatnya untuk tengok-tengok sahaja. Kemudian membatalkan hasrat sebab sangat terkesan dengan kata-kata abang, "Kita datang sini nak belajar, bukannya nak shopping mewah-mewah. Karang kalau dah tengok mesti rasa nak beli". Junior abang kata di Harrods sebuah beg tangan berjenama berharga GBP 240 (GBP240 X RM5.85 = RM1404). Bapak mahal. Beg 'sekolah' yang saya heret setiap pagi pergi kelas baru harga RM19.90.

Mengapa perlu ke sana?
Sebenarnya tak perlu pun. Sebab hidup yang ada sekarang dah lebih daripada cukup. Alhamdulillah. Memang betul, kami ke London untuk belajar bukan untuk membeli-belah. Saya akan terasa malu pada Allah yang maha pemurah lagi maha memberi kalau duit biasiswa digunakan untuk tujuan tidak tentu hala seperti membeli baju mengikut fesyen terkini, kadang-kadang baju tu tak lawa pun tapi sebab pengaruh nak pakai barang branded, tak lawa pun takpe, mahal sampai habis sebulan duit makan pun takpe asalkan dapat pakai baju branded macam kawan-kawan lain pakai.

Ada juga yang menggunakan duit biasiswa untuk makan di tempat-tempat berkelas tinggi. Kalau saya buat begitu saya memang rasa malu kepada diri sendiri. Dan juga sebenarnya saya tak boleh makan di tempat-tempat berkelas tinggi ni, bukan sebab aktif memboikot, tapi sebab bila setiap kali menyuap rasa bersalah pada ayah, mama dan adik-adik. Saya akan terfikir adik-adik aku kat rumah makan apalah hari ni. Ma masak apa malam ni untuk makan sekeluarga. Pernah sekali masa belajar di Malaysia, saya beli donat dari Dunkin' Donuts sebab tengok kawan sebilik selalu beli.Lepas tu saya bawa balik rumah nak makan dengan adik-adik. Mama tengok dan kata, "buat apalah beli donat ni tiga biji sampai RM6.Kalau beli donat yang jual kat pasar malam tu, seringgit dapat tiga. Enam ringgit dah dapat 18". Ya Allah. Air mata saya meleleh dengar mama cakap macam tu.

Keluarga saya bukan dari kalangan senang sangat. Sederhana sahaja. Tapi saya bersyukur sebab ayah dengan mama tak ajar tekak kami berselera tinggi, badan kami tidak diajar berkehendak kepada pakaian branded walaupun tak mampu, sampai sanggup guna duit biasiswa atau PTPTN.Makanan kat tempat yang tak ada kelas pun boleh kenyangkan? Beli baju yang tak ada jenama pun boleh lindungi diri. Yang penting tutup aurat. Alhamdulillah tak ada seorang pun dari adik beradik saya berperangai begitu. Bagi kami hidup apa yang seadanya. Duit biasiswa atau PTPTN guna untuk makan seadanya, beli kelengkapan belajar yang patut, baju yang patut. Baju kurung saya ada yang masih muat pakai sejak dari tingkatan satu sampai dah kahwin, baju yang sama saya masih pakai sampai sekarang untuk pergi kelas.Cukuplah. Bukan nak pergi fashion show pun, nak pergi belajar.

Saya bersyukur sebab adik beradik saya tak mudah terpengaruh dengan kawan-kawan nak makan kat tempat high class,beli barang branded sebab kami berkawan adik-beradik je.Saya sendiri kurang berkawan, saya tak ada kawan yang sangat rapat. Kawan baik adalah tiga orang, Widia, Farisya dan Diana. Tapi berkawan setakat sekolah, tempat belajar, kadang-kadang telefon tanya khabar dan wish birthday, dan paling penting ingatan dalam doa. Itu je. Kami tak keluar orang kata 'hanging out' sama-sama ke. Saya berkawan rapat dengan adik-beradik saya je. Sebab tu saya tak boleh keluar tanpa adik-beradik saya. Bila keluar dengan adik-beradik, bila pegang barang mahal yang macam tak patut, adik saya akan cakap, "Tak payahlah kak Farah. Nanti kalau mama tau mesti mama tak suka". Terus letak balik, tak jadi beli.

Saya mudah sebak bila time nak makan mahal sikit, kena pulak bukan dengan adik beradik dan ayah mama saya (makan sorang,atau dengan kawan-kawan atau dengan suami sekalipun) contohnya makan kat Pizza Hut. Saya jadi sebak dan boleh tak jadi makan kalau teringat, adik Ati, Ika, Danny, ayah, mama jarang dapat makan kat Pizza Hut, mungkin sepanjang hidup diorang, makan kat Pizza Hut tu boleh kira dengan jari berapa kali. Mungkin saya mewarisi sifat ni daripada ayah dengan mama. Ayah pernah cerita ada sekali tu kawan setempat kerja dia bawa pegawai dari ibu pejabat makan di restoran besar dan antara yang paling mahal di Melaka. Ayah antara yang terlibat sambut pegawai besar tu, bawa pergi restoran mewah tu. Maksudnya adalah bahagian untuk ayah sekali. Tapi ayah tak join pun jamuan tu sebab ayah tak sampai hati, dia makan mewah sedap-sedap, sedangkan anak-anak ayah tak makan macam tu. Kalau nak beli baju berjenama yang mahal macam tak patut beli pun macam tu juga. Saya akan terfikir, ayah, mama, kakak-kakak, abang dan adik-adik saya tak beli pun baju mahal-mahal. Saya akan sedih bila teringat dan langsung tak jadi beli.

Kenapa saya tak keluar dengan kawan-kawan.
Kalau keluar dengan kawan-kawan, tengok kawan beli baju, barang branded, mesti kita pun tergoda, langsung nak beli juga. Lepastu kawan ajak makan kat Mc D, takkan kita nak kata, "Takpelah. Korang pergilah makan situ, aku makan kat rumah je". Takkanlah kan. Mesti kita nak tak nak makan juga kat situ. Saya pernah terbuat macam tu. Masa belajar di Malaysia. Saya pernah keluar sekali dengan kawan-kawan, pergi Times Square.Tapi itu jelah. Pertama dan terakhir saya keluar dengan kawan-kawan secara berjemaah.

Sehinggalah saya memiliki seorang kawan rapat iaitu suami saya yang saya boleh ajak keluar ke mana-mana seperti Hyde Park, Regent Mosque, Malaysian Hall tapi bukan Harrods. Harrods terlalu mewah untuk kami.Kalau kami nak beli barang dapur boleh beli di sekitar Waterloo atau Westminster. Beli di kedai Pakistan atau tesco mart. Itu cukup bagi kami. Kami pegang kata-kata ni, "kita datang sini nak belajar, bukan nak shopping, bermewah-mewah". Semoga saya teguh memegang motivasi kehidupan tersebut.

balik dari embassy terus bersemangat makan kuih lopes-passport selit celah pinggan je - kenyang juga Alhamdulillah