Monday 16 November 2009

bersiaran dari Russia

Sewaktu menaip entry ini, saya telahpun selamat tiba ke bumi Russia. Sejuk dingin sudah terasa sejak tiba di Moscow Domodevo International Airport lagi. Banyak perkara yang dirisaukan, antaranya masalah bahasa, makanan dan cuaca yang nampaknya jauh lebih sejuk daripada UK, apatah lagi Dubai. Inilah kali pertama saya menjejak kaki ke negara hampir Siberian ini yang antaranya bersempadan dengan negara China. Tidak banyak yang dapat diperhatikan, secara peribadi bagi saya Russia tidaklah seindah mana. Mujurnya saya hanya akan berada di sini sekitar seminggu atas urusan kerja. Jadi tidak perlu terlalu risau tentang masalah bahasa dan paling utama mencari makanan halal. Menurut seorang rakan yang menuntut dalam bidang perubatan di sini, orang Russia kurang mahu bertutur bahasa Inggeris apatah lagi tulisannya yang tersendiri lebih merumitkan. Tambah memeningkan, orang Russia juga sangat gemar menikmati daging b**i. Puratanya lebih besar daripada masyarakat Eropah lain. Tetapi tidak mengapa, saya sudahpun ditunjukkan dengan kedai makanan halal yang terdapat di bandar Moscow. Mungkin boleh memudahkan urusan, insya Allah. Sekali sekala terasa agak bingung memikirkan bahasa yang mereka gunakan jauh berbeza daripada bahasa Melayu, Inggeris, Arab atau Perancis yang biasa saya lazimi. Bahkan untuk merujuk peta juga agak merumitkan memandangkan hampir semua papan tanda dalam bahasa Russia. Saya berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan.