Sunday 22 November 2009

cuba bayangkan kita di tempat mereka...


Masa kecil-kecil dulu, saya dan adik-adik ada satu hobi yang sangat pelik. Setiap pagi, kami akan tunggu di dapur. Sampai lori sampah datang. Bila lori sampah sampai, kami akan babai-babai pakcik lori sampah, pakcik lori sampah pun babai-babai balik, lepas tu lori sampah pun pergi dan kami akan masuk ke dalam semula (saja nak nikmati bau lori sampah) . Kejadian yang sama berulang hampir setiap hari, setiap kali kami berkesempatan. Tapi ayah pesan pada kami, siapa nak tengok, boleh tengok, tapi jangan tutup hidung. Siapa nak tutup hidung jangan tengok, pergi duduk dalam rumah.
Masa saya masuk tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Melaka, tong sampah besar asrama terletak di belakang dewan makan asrama. Untuk ke tong sampah perlu melalui dewan makan dahulu. Yang bagusnya setiap kali balik sekolah, kami akan berebut-rebut pergi dewan makan. Yang paling bagusnya, setiap kali kami makan tengah hari tu, setiap kali tu lah lori sampah akan datang mengutip sampah. Dan setiap kali tu kawan-kawan saya serta penghuni asrama lain akan menutup hidung dan mulut, ada pula yang sangat kejam buat macam termuntah-muntah (oh sangat over actinglah kamu~~). Tapi saya steady je terus makan tanpa tutup-tutup hidung dan mulut apatah lagi muntah-muntah sampai pengsan. Pernah kawan saya pelik macam mana saya boleh tahan bau sebegitu. Malas nak jelaskan, tapi kena jelaskan sebab saya tersangatlah meluat tengok orang tutup-tutup hidung atau buat-buat mabuk pengsan nak muntah bila lori sampah datang. Ini adalah petikan daripada titah beta pada waktu tersebut, (satu tengah hari dalam tahun 1998, sewaktu masih lagi belajar dalam tingkatan 1,lokasi dirahsiakan :p)
Farahdina kata : Ayah aku pesan jangan tutup-tutup hidung bila lori sampah lalu. Pakcik kerja lori sampah tu pun ada anak isteri. Cuba kau bayangkan macam mana perasaan anak-anak dia yang baya-baya kita ni kalau nampak kita tutup-tutup hidung waktu bapak diorang lalu. Cuba korang, time bapak korang lalu, orang tutup-tutup hidung. Apa perasaan korang. Kerja lori sampah pun halal weh. Lagipun kalau semua orang nak kerja doktor, engineer, arkitek, cikgu, siapa nak kutip sampah yang korang buat hari-hari tu? Korang dahlah suka buat sampah. Korang ni memang sampah (jangan percaya, ni saje tambah).
Cuba bayangkan kita di tempat mereka dan anak-anak serta isteri-isteri mereka. Jangan menghina pekerjaan orang lain. Busuk atau wangi, pekerjaan seperti itu tetap halal, buat membesarkan anak-anak. Pekerjaan mengangkat sampah jauh lebih mulia daripada merompak dan merampas harta orang lain. Allah tidak menilai kita berdasarkan bekerja apakah kita. Tetapi sejauh mana pekerjaan kita itu adalah untuk kita berbakti dan beramal dalam kehidupan dunia ini menuju ke akhirat sana.
Tambah sikit, masa saya kecil, saya pernah berangan mahu menjadi seorang posmen. Tapi sekarang saya tak jadi posmen. Saya tak hantar surat, saya hantar e-mel je. Ok. Hantar SMS sekali. Jadi kawan-kawan, rajin-rajinlah SMS saya jemput ke walimah anda :p.
Masa kecil-kecil juga, dek kerana terlalu obses dengan lori sampah, saya dan adik-adik selalu bermain lori sampah. Kami akan memanjat katil 2 tingkat (double decker). Seorang akan duduk di bahagian depan katil bawah sebagai driver, dan dua orang lagi akan berdiri memanjat dan bertenggek di palang antara katil atas dan katil bawah, sebagai tukang angkat sampah. Kadang-kadang kami akan berebut-rebut siapa mahu menjadi driver lori dan siapa mahu menjadi tukang angkat sampah. Oh~~sangatlah indah kenangan waktu kecil itu. [Boleh ulang balik tak?Tak boleh, jawab AbuHanaan (",) ~~Anda sudah besar dan sudah jadi emak saudara orang sekarang~~Oh sungguh kejam ayat ini~]